Sunday, November 14, 2010

Hoh?

Baru pulang dari memindahkan barang-barang seorang teman. Sekarang 11.50 malam.

 

Ya, entri kali ini ada kaitan dengan teman.

 

Pelik, bila ada orang yang mengaku kawan, tapi bila diminta tolong susah benar.

 

Pelik, bila ada orang mengaku kawan, tapi bila bab duit jadi lawan.

 

Pelik, bila mengaku kawan, tapi bila bab toleransi langsung tak ada.

 

Pelik, bila kawan mengugut kawan.

 

Pelik, bila kawan tak benarkan teman serumahnya masuk ke rumah.

 

Pelik bila ada manusia yang tukar kunci rumah keseluruhannya tanpa beritahu kepada teman serumah yang lain.

 

Pelik bila ada manusia yang tak mengulang subjek tapi bila berkaitan hidup tak tahu mengira bahawa 30 minit itu tak cukup untuk mengemas dan memindahkan barang dari rumah ke rumah yang jaraknya kurang lebih 1km pada waktu tengah malam.

 

Pelik, bila manusia tu berada di sekeliling aku.

 

Aku nak tanya, perlukah aku ajar kalian kalkulus? Atau Ordinary Differential Equation? Supaya kalian pandai mengira jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengangkat 10 buah beg menggunakan motorsikal bermula jam 9.45 malam? Dan kalian minta supaya kunci dipulangkan pada jam 10 malam?

 

Perlukah aku kata.. Oh, hampir tercarut. Tapi kalian memang patut dapat.

 

Aku mungkin tak hidup dalam dunia kalian, tapi aku tahu mana realiti mana bukan. Aku tahu mengira waktu tanpa perlu dapat A+ dalam kalkulus. Aku tak pernah dapat sijil dekan. Aku tak pernah dapat pointer mencecah 3 seumur hidup aku.

 

Tapi kenapa ada manusia yang dapat sijil dekan berperangai mengalahkan budak tadika? Pandai kira jam tak????

 

Ya, aku rasa kalian belum layak belajar pada tahap ijazah pertama. Apatah lagi ijazah dalam MATEMATIK PENGURUSAN.

 

 

NotaBuku:

Ya, ini entri bengang.

No comments: