Baru sampai di rumah dari KL, menjenguk adik no. 7 yang sedang mengikuti program Permata Pintar anjuran pelajar-pelajar UKM di kampus utama UKM di Bangi.
Tadi sempat ke Alamanda Putrajaya. Sepanjang jalan teringat Ben Ashaari yang baru bertemu beberapa blogger di sana.
Bila masuk ke bahagian selatan..
“Ah, ini syurga buku namanya,”
Sempat merayau di sana hampir dua jam. Itu baru di ruang legar, belum di lot kedai lagi.
Dan..
Buku Kak Hani aka Mamy
Buku Xarine aka Khairi
Salah satu buku dalam paparan yang menarik.
Buku hasil nukilan Dr Hj Faisal Tehrani
SN Abdullah Hussain
Buku yang membantutkan hasrat menerbitkan Haruskah. Aduhai, ceritanya benar-benar hampir sama. Yang berbeza mungkin tahap kedewasaan dalam cerita. Dan nama puteranya juga sama. Adam. Tapi Adam Qushairy memang nama asal dalam Haruskah versi pertama yang ditulis kawan nis pada tahun 2004.
Ayah letak di tangan nis, nis letak balik di rak. Ingatkan malas hendak membaca novel sekarang. Rupanya adik ambil semula dan ibu bayar. Ah, mungkin ini akan jadi aktiviti musim cuti.
Salah satu buku yang hangat diperkatakan sekarang.
Sains fiksyen yang menarik muka hadapannya. Tak tahu apa isinya sama seperti kulitnya.
Buku kegemaran nis. Satu inovasi karya yang menarik hasil nukilan Zaid Akhtar.
Kompilasi buku Ustaz Hasrizal Jamil.
Buku pertama dan kedua dalam kompilasi [Aku Terima Nikahnya]
Suka buku seperti ini sekarang.
Juga hasil tulisan Ustaz Hasrizal.
Nukilan Aidil Khalid. Salah satu cerpen bukan cinta yang termuat dalam majalah Remaja. Edisi ke berapa nis tak ingat. Tapi nis tertarik untuk baca sebab tajuk cerpennya [potongan dari salah satu bab buku ini] sama, Bila Nysrah Kata Tak Mahu. Sejak itu nis cari siapa dia Aidil Khalid. Graduan UiTM dalam bidang Undang-undang. Kalau tak silap sekarang sedang buat Sarjana. Cemburu? Ya, cemburu. Nis minat Undang-undang, tapi rezeki bukan ke sana.
Salah satu buku dari trilogi The Princess. Mula baca The Princess pada 2004, baru tamat semester lepas. 6 tahun untuk mencari balik buku-buku siri ini. Kisah benar daripada salah seorang puteri diraja Saudi Arabia, ditulis semula oleh Jean Sasson.
Satu lagi buku Jean Sasson, tapi belum sempat baca.
Buku klasik? Siapa tak kenal William Shakespeare?
Baru pertama kali nampak buku ADAM di kedai buku. Cetakan baru. Kulit baru. Tapi nis dah ada. Terima kasih, Kodok.
Tulisan Ustaz Pahjrol Mohd Juoi. Menarik juga isinya.
Err.. Yang ini tak ada kaitan. Hahaha..
Ya, Tuhan itu dekat.
Sinergi. salah satu buku motivasi tulisan belia.
Nora, salah seorang penulis yang menulis dalam kolum di majalah Anis.
Ustaz Pahrol? Macam tak percaya, kan? Haha.. Tapi isinya menarik juga.
Ini ternampak dalam kategori diari. Cantik. Menarik. dan penuh motivasi.
Habiburrahman El SHirazy. Rasanya pernah datang ke UTP. Kalau tak salah. Penulis Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Sedang menunggu sambungan KCB, Dari Sujud ke Sujud.
RIndu Andalusia.
Salah satu buku kegemaran nis. Siap salin dalam diari.
Pasangan kekasih yang bertemu beberapa kali sahaja sebelum nikah. Tapi serasi yang amat nampaknya. Kelakar sebenarnya kisah mereka.
Ternampak status seseorang tentang Gelak Tergolek beberapa hari lepas di FB. Macam menarik buku ini.
Dosa Semalam? Tak tahu isinya. Kisah cinta? Macam ya, macam tidak.
Nis tak beli. Baca percuma. Dapat dari 4shared dan di perpustakaan. Tak mampu nak beli dan tak mahu beli pun. Membazir saja nanti.
Macam sesuai untuk pelajar.
Cara Google menguasai dunia?
Teringin belajar. Tapi baju kurung pun tertunggak. Huhuhu.. Kalau nis sudah duduk di meja mesin jahit disuruh buat kerja lain memang tunggu seminggu dua lagi baru duduk di sana lagi. Mood mudah terganggu.
Suka buku ini. Nak beli? Hahaha.. Belum ada masa lagi.
Politik?
Ahmad Jelani kalau tak silap salah seorang penulis yang artikelnya termuat dalam Adat dan Budaya Melayu Nusantara, lebih kurang begitu tajuknya.
143? Cantik!
Dua Dunia Kita Berbeza.
Nasi Lemak Bonda. Tak ingat apa isinya. Hahaha..
Buku terjemahan. Motivasi. Macam menarik tapi nampak klise.
Ketuanan Islam, Pertuanan Raja-raja Melayu. [Dasar minat sejarah. Huhuhu..]
Hlovate? Orang kata ceritanya menarik tapi nis tak berapa minat kerana bahasa yang dipakai dalam novel-novel Hlovate adalah Bahasa Melayu biasa. nis minat buku sastera bahasa tinggi.
1511H Kombat! Menarik kisahnya. Inovasi yang baik. Rugi tak baca.
Salah satu hasil nukilan Dr Hj Faizal Tehrani.
Dan sebenarnya banyak lagi buku yang nis suka tengok. Kalau letak semua di sini mana mampu kalian baca nanti. Haha.. Ini pun sudah cukup panjang. 48 keping gambar semuanya, kalau tak salah kira. Tak larat nak kira balik. Haha..
Gambar terakhir..
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya
Cinta kudus antara ibu dan anaknya.
Ada cinta yang setia.
Ada cinta kasih antara teruna dan dara.
Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia.
Ia juga tak mengira rona bangsa.
Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta
Justeru cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
NotaBuku:
1. Sepanjang di Alamanda teringat Ben Ashaari.
2. Makan di BB Bangi teringat Bropian.
No comments:
Post a Comment