Monday, October 18, 2010

Kenapa MenDJ

Ya, sekarang nis sudah bersiaran dengan GomoFm sebagai salah seorang DJ yang berkontikan di Arau, Perlis. Yup. GomoFM. [Sila rujuk pada sidebar di bahagian paling atas ada enkoder GomoFM.]

 

Kenapa menDJ?

 

Pertama sekali kerana ada tawaran yang sudah lama sangat sebenarnya. Tawaran daripada pemilik stesen radio internet yang baru berusia 3 bulan ini. Si pemilik berselindung di sebalik nama Kelubi Seman. Kalau di radio lebih dikenali sebagai DJ Kelubi atau Kubi.

Anda sedang bersama DJ Kelubi

Dan nis paling suka dengar bunyi latar Kubi. Siap minta untuk disimpan. Ya, bunyi ayam berkokok itu. [Sila jangan gelak. Terima kasih.]

 

Daripada Mr Big Boss ini, nis dapat tawaran beberapa kali sebenarnya. Sejak radio GomoFM mula bersiaran sekitar bulan 7-8, nis sudah menjadi salah seorang pendengar setia, malah antara pendengar terawal GomoFM.

 

Kisahnya, seperti rutin nis sejak bulan 2 yang lalu, nis melepak di Gengblogger – lebih dikenali sebagai GB dalam kalangan blogger. Gengblogger agak terkenal juga sebenarnya sebagai salah satu komuniti blogger yang teramai; dan beberapa pertemuan antara blogger-blogger sudah pun dijalankan.

 

Dalam Gengblogger yang lama, ada satu tempat berbual yang dihoskan oleh Gagalive [Nama Hos juga yang aku letak! Eish! Kebetulan saja tu.. ~siul~]. Di ruang perbualan tu nis pernah bergaduh, berkawan, bercinta, dikutuk, mengutuk, mengadu, bermanja dan macam-macam lagi. Dari sana bermulanya keluarga maya nis yang besar. Adik-adik yang lebih tua daripada nis sendiri, kakak, abang bla bla bla…

 

Nis mula kenal Kubi aka Big Boss di sana. Dia berbual dengan menggunakan nama pleliss_kubi. [Kemudian dia sendiri kutuk nama tu. Apa benda entah pleliss?]

 

Oops! Terkutuk Big Boss. Sorryyyyyyyyyyyyy!

 

Ok. Kita sambung cerita. Kubi mula perkenalkan radio ini kepada kami. Ok. nis dah ingat. Benda ni berlaku sebelum puasa. Sekitar 20 Julai. Sejak tu nis keluar masuk dalam kotak chat GomoFM dan Gengblogger.

 

Sekitar pertengahan Ogos, Gengblogger mengalami pelbagai masalah dan ditutup sementara untuk kerja-kerja selenggara. Sejak itu nis terus berhubung dengan blogger-blogger melalui Mukabuku semata-mata. Kotak chat GomoFM mula dijadikan tempat melepak setiap kali ada kelapangan. [Tapi mungkin nis takkan letak kotak chat tu dalam blog ni. Satu Cbox dan satu Shoutmix sudah terlalu berat. Kalau nis tukar template blog mungkin nis masukkan.]

 

Alamak, dah terlalu panjang pula. Dipendekkan cerita, Kubi tawarkan untuk jadi DJ di GomoFM. Tapi masa tu line internet nis belum stabil lagi. Sekitar 50-60kbps yang paling tinggi.

 

Beberapa kali dia tawarkan akhirnya nis terima. Itu pun baru dalam akhir bulan 9. Sebab talian internet sudah stabil sekitar 70-200kbps. Dan itu selepas Hos installkan SAM [Spacial Audio Manager] pada 4 September, kurang lebih 2 jam sebelum nis naik tren balik raya.

 

Kedua, [Panjang cerita pertama baru masuk bahagian kedua?] nis suka bercakap, tapi bukan bercakap merapu-rapu. Setakat ini belum ada lagi yang nis merapu-rapu tak tentu hala di GomoFM. [Ya, nis dengar setiap stream yang disiarkan dari konti Arau nis ni.]

 

Semuanya teliti dan rutin. Ayat yang nis akan sebut setiap kali keluar lagu latar nis;

Kita tengok dulu di laman web rasmi kita, www.gomofm.warungchat.com. sekarang ada XX enkoder yang sedang dibuka. Terima kasih kerana terus mendengarkan GomoFM, Gomo Sampai Berbuih. Anda sedang bersama saya DJ Aleeya live dari Arau, Perlis.

Dalam kotak chat kita pula ada XX ahli yang sedang berada dalam talian. Ada XX orang yang sedang berborak. Kita ada AA, BB…. Dan ada XX orang yang sedang melihat. Kita ada CC, DD… serta XX orang yang sedang sekodeng-sekodeng. Yang sedang sekodeng-sekodeng jom masuk-masuk-masuk ke dalam kapet kita dan berborak.

Sekarang nis nak tunaikan permintaan lagu daripada….

Setiap kali. Mungkin sekali atau dua kali bila sudah terlalu letih nis terlepas dan terus tunaikan permintaan lagu.

 

Mungkin selepas ini nis akan buka segmen setiap kali masuk on air. Segmen apa? Kita tunggu dan lihat. Yang pasti, tidak akan ada rapuan melampau. Paling tidak sekali dua tersasul adalah. Nasib baik setiap kali nis on air Bropian yang rajin merakam suara DJ jarang ada. Tapi siapa tahu dia sedang berselindung di sebalik nama lain?

 

NotaBuku:

Siapa agaknya yang buat kecoh mengklon nama chatters sepanjang hari ini? Ramai yang kena. Eciz, pinkbugs2525, ada lagi yang nis tak berapa ingat. Tapi nis paling ingat nama “hos cinta eciz” yang Hos sendiri masuk cari sebab nak buat perhitungan. Ketegaq* budak tu, masih lagi pakai nama tu lepas tu. Janganlah, weh!!!!! ~cry cry cry cry cry cry~

<—serius aku nak nangis kena bahan macam tu.

Tak fasal-fasal aku marah Hos. Sorry, Hos. [Ya, aku cemburu.]

 

Pstttt: Tengok nama bawah ni, Nana..

arrow

No comments: