Friday, September 9, 2011

Narrow Your Mind

*Abaikan tajuk berbahasa Inggeris.*

Dalam beberapa bulan kebelakangan ni terlalu banyak frasa narrow mind yang nis jumpa.. Oh, bukan nis seorang yang jumpa tapi ada beberapa orang turut berkongsi kisah tentang beberapa sikap manusia minda sempit.

>> Kalau buka FB maksudnya hanya untuk chatting dengan orang yang kita tak kenal dan sembang kosong yang tak berguna. Tak ada satu pun maklumat yang berguna dalam FB. (UiTM dah sedar perkara ni dan benarkan pengguna access fb pada waktu pejabat tapi tak boleh chatting dan menghantar private message)

>> Orang tua sentiasa betul, orang muda sentiasa salah

>> Orang yang kerja di syarikat besar gajinya besar

>> Tinggal dalam kampus, mesti anak pensyarah

>> Bertelefon lama maknanya sembang kosong semata-mata

>> Pointer rendah dan mengulang (repeat paper) maknanya tak pandai. Bukannya orang tahu kalau ada makhluk aneh yang buat kerja keji backstab berulangkali.

>> Semua pelajar mampu beli semua buku teks. Tak makan pun tak apa kan encik pensyarah kan kan kan? Dahlah harga satu buku teks sama dengan belanja makan setengah bulan.

>> Pelajar yang dapat PT separuh maknanya keluarga mampu tanggung. Semua ke keluarga mampu tanggung?

>> Beli benda mahal adalah pembaziran. Tak kisahlah kualiti barang tu macam mana, tapi kalau murah kan tak membazir kan kan? (Murah tapi kalau cuma boleh pakai sebulan dua baik beli mahal sikit tapi berbaloi)

>> Pergi ke luar negara hanya untuk melancong dan berseronok

>> Kalau orang muda cakap perkataan kasar sikit maknanya dia mencarut tapi kalau orang tua mencarut macam mana pun maknanya dia cuba bagi pengajaran

>> Orang muda yang tegur sikap buruk orang yang lebih berusia adalah orang muda yang kurang ajar malah boleh dianggap memaki

>> Orang tua yang layan orang muda tak macam manusia adalah perkara biasa dan tak perlu ditegur

>> Blogger cuma tulis fasal politik, suka baca buku adalah budak nerd, mainan hanya untuk budak-budak.

>> Orang muda terlalu mentah untuk berfikir jadi orang yang lebih tua kena tentukan hidup mereka

>> Bila ada benda yang nampak tak baik sikit berlaku "Inilah akibat propaganda Yahudi.."

>> Kahwin muda = gatal

>> Orang Islam yang bukan dilahirkan dalam keluarga Islam tetap pegang status mualaf walaupun dah masuk Islam 20 tahun lepas

>> Tak angkat telefon dari orang lebih dewasa adalah kurang ajar walaupun masa tu kita sibuk atau telefon tak tahu di mana atau ada masalah pada telefon atau kad SIM

>> Orang yang tak tidur malam dan suka online tengah malam memang jenis gila internet. Padahal ada insomnia.

NotaBuku:
Ini adalah hasil pemerhatian dan perbincangan tentang sikap orang Melayu awal abad-21. Kebanyakan kredit adalah kepada TK dan Mia.

2 comments:

Vivian said...

adoh...kawen muda gatal? hehehe

BW from BSG

namia cinta said...

ok baru baca entry nieh ...
semua yang di tulis dekat atas tuh kita tak setuju ... kena betulkan minda org yg fikir macam tuh .. tp tak mungkin lah kan ..

pasal tak tido malam dan online sepanjang malam ada jawapan nya ... siang busy kerja jd tak ada masa nak online .. hari cuti jer ada masa nak online waktu siang .. hahahahahah