Friday, September 9, 2011

Sekejab Sahaja

Lama tak menulis membuatkan aku merasa janggal mengarang lagi. Bukan aku sengaja tapi sebenarnya kebebasan aku menulis sudah digugat. Apa pun yang aku lakukan sudah tak mampu memuaskan hati aku tapi aku masih sayangkan hasil karyaku yang kebanyakannya tergantung di pertengahan jalan kerana beberapa sebab.

Bila aku jatuh hati pada seseorang, ada karyaku yang tersekat tak berpenghujung.
Bila aku terluka,
Bila aku kecewa
Bila aku marah
Bila aku putus asa, tentunya

Membuang blog ini sama ertinya dengan membuang sebuah memori manis.

Mungkin aku takkan selalu ada di sini lagi.

Mungkin aku perlu lebih tumpukan pada matlamat baru.

Mungkin Encik Novelis yang boleh bantu.

Mungkin laling Namia boleh ternak hamster di sini sebanyaknya.

Ah, abaikan.

1 comment:

namia cinta said...

tak nak ternak hamster .. nak ternag sugar glider pulak ...