Kenapa aku nak pakai niqab?
Dari dulu aku dah kaji tentang pemakaian niqab, dan aku mula pakai masa minggu kedua Ramadhan. Masa tu aku di Bandung. Cuma sesetengah situasi aku tak pakai contohnya waktu buka puasa dan di lapangan terbang.
Beberapa minggu lepas. Mydin Mall USJ1
Aku sedang online di depan KFC. Duduk seorang diri di kerusi panjang. Aku tak pakai niqab sebab baru habis makan. Dalam hati biasalah, "Nanti dulu," memang penyakit manusia.
Aku tak perasan sejak bila seorang lelaki India Muslim duduk di sebelah aku dan perhatikan aku. Bila aku tutup laptop baru aku perasan ada orang di sebelah.
"From your butt, your breast and the way you sit, actually you're a romantic girl"
Aku rasa macam "Wohoho! Aku pakai baju kurung berlapis-lapis dengan tudung tutup bawah dada pun orang boleh nampak bentuk breast," *Bila bersembang dengan adik aku, dia kata dia pernah terbaca, bentuk pipi perempuan menggambarkan bentuk breast. Sejauh mana kebenarannya aku tak tahu.*
Ikutkan hati mahu aku hempuk laptop di kepala lelaki tu.
Sambil aku gulung kabel laptop, keluar lagi satu komen.
"You pernah minat kat sorang lelaki tapi dia tinggalkan you kan?"
"Erk~ Mana tau?"
"From the curves at your lips,"
Okey. Kalau sejauh itu dia boleh tahu, maknanya dia mesti tahu aku belum pernah disentuh.
Dan dia boleh ajak aku bercakap fasal seks! *Takkan aku nak tulis kat sini kot apa yang dia cakap. Ada pervert ke kat sini?*
Masa tu aku dah simpan semua barang dalam beg. Dia mula membebel fasal numerology dan macam-macam benda psikologi. Aku rasa dia memang dah 'baca' aku atas bawah. Bila dia kata nak bagi nombor dan ajak aku jumpa lagi, aku ambil nombor dia (precaution sebab depan KFC tu memang tempat aku lepak waktu aku rehat), terus masuk ke medan selera, cari pakcik aku.
Lagi sekali aku jumpa makhluk macam ni aku tak teragak-agak panggil polis.
Balik rumah, mak membebel panjang fasal niqab. Aku pun tak faham apa yang mak anti sangat dengan niqab. Tapi "keluar ke belakang rumah pergi jemur kain tak pakai niqab" buat aku rasa nak gelak. Setahu aku, orang Arab pun di sekitar kawasan rumah dia, dia tak pakai niqab. Selagi itu masih dalam kawasan rumah dia. Masih dalam pagar rumah.
Tak, aku bukan pakai niqab untuk fesyen. Aku tak berminat dengan fesyen. Walaupun kadang-kadang aku ada simpan benda berfesyen (kasut dan sandal wedges tiga inci), tapi itu cuma naluri nakal aku. Aku tak perlu pun benda tu sebab tinggi aku pun dah lebih tinggi daripada beberapa orang teman sekelas aku yang lelaki tingkatan lima (paling kelakar bila salah sorang terpaksa mendongak untuk tengok aku waktu terserempak di luar selepas tamat SPM). Nak tahu bila aku pakai sandal tu? Masa pergi pasar malam, sebab tak nak kain baju kurung kena air ayam, ikan dan bla bla bla. Biasalah, pasar malam, kita tak tahu apa yang tumpah di atas jalanraya.
Fesyen? Aku cuma pakai baju kurung tradisional dari awal pagi sampai masuk tidur. Biarlah mak membebel macam mana pun, itu memang stail aku. Buat apa aku nak ubah penampilan aku? Memikat? Tak perlu. ada orang dah terpikat dengan Gadis Baju Kurung ni. Tak ada apa-apa yang aku perlu ubah tentang penampilan aku.
Jadi kenapa aku nak pakai niqab?
Masa aku pakai niqab, aku lebih kawal pergerakan aku, lebih berhati-hati dengan apa yang orang lihat. Aku lebih rasa macam diri sendiri, bukan macam jiwa aku yang nak memberontak.
Masa pakai niqab, orang lebih hormat aku. Tak usik aku dengan teruk. Kalau menegur pun pasti ada urusan penting.
Masa aku pakai niqab, aku tak risau orang akan perhatikan aku, sebab aku lebih jaga kelakuan aku walaupun orang tak kenal aku.
Dan paling seronok, aku tak perlu lagi berjalan tunduk ke bawah sepanjang masa. (Ya, aku jenis orang yang suka berjalan tunduk sebab aku tak suka orang pandang muka aku dan usik aku dengan pelbagai gangguan. Aku tak tahu apa mereka nampak pada aku tapi cerita di atas ni bukan kali pertama aku kena gangguan seksual).
No comments:
Post a Comment