Dapat tahu tentang Windows Live Writer secara dekat melalui Hyper dan Ann. Terasa mahu cuba dan terus download dari internet. Buka akaun hotmail baru dan abaikannya [hahaha…].
Hari ini baru dapat periksa keputusan peperiksaan akhir UiTM semester lepas. Agak baik daripada keputusan peperiksaan semester pertama. Semua lulus dan tidak ada subjek mengulang seperti semester lalu.
Hari ini juga Hari Buat Nakal dan Hari Spam. [Gelak]. Habis semua wall teman-teman di FB diterjah dan diletakkan link bertemakan keputusan peperiksaan. Portal pelajar UiTM menjadi mangsa kegeraman pelajar apabila tidak boleh diakses selama beberapa belas jam. nis sendiri menunggu 21 jam untuk tahu keputusan peperiksaan.
Siapa mahu tambah sebagai kawan masuklah ke FB nis.
No comments:
Post a Comment