Ya. Tolong salahkan aku.
Aku sudah berusaha sehabis mungkin, menelaah setiap soalan tahun sudah-sudah.
Aku sudah berhenti kerja semata untuk peperiksaan walaupun aku tahu aku akan berlapar dua minggu terakhir semester. Duit aku benar-benar pada tahap 0.00, tapi aku tak mahu beritahu ibu sebab aku tahu ibu tak akan mampu berikan lebih dari RM10.
Aku tinggalkan penulisan novel dan blog. Itu adalah salah satu cara aku hilangkan stres, tapi aku biarkan diri aku stres teruk. Mungkin ini puncanya.
Aku sudah pasrah dengan perkhidmatan wayar lebar yang dipotong sebab berjimat untuk belanja makan. Itu pun masih belum cukup.
Aku sudah bertanya pada teman-teman apa yang tidak aku fahami, malah aku sendiri juga mencipta formula senang mengingat topik.
Aku kunci diri dalam bilik mengulangkaji subjek Linear yang aku tahu aku tak mampu skor dengan baik, ternyata tidak berkesan. Mujur saja.
BAB401 ARABIC LANGUAGE I 2.00 4 A LU
CTU553 ETHNIC RELATIONS 2.00 3.33 B+ LU
ECO415 ECONOMICS 3.00 3 B LU
HPD113 PENGUCAPAN AWAM 1.00 2.33 C+ LU
MAT422 MATHEMATICAL LOGIC 3.00 3.67 A- LU
MAT441 CALCULUS II 4.00 2.67 B- LU
MAT523 LINEAR ALGEBRA II 3.00 2 C LU
GPA: 2.98
CGPA: 2.71
Nampak? Sejujurnya. Salahkan aku.
[Ada yang salah ke kat sini? Aku sudah kata. Salahkan aku. Ya, memang aku disalahkan, tapi atas sebab lain.]
No comments:
Post a Comment