Thursday, June 17, 2010

Politik Blog

Kebelakangan ini asyik ternampak entri-entri menghentam satu sama lain dalam blog. Berjalan ke sana ke mari pun sudah jadi tidak senang. Apa salahnya kalau kita sesama blogger saling membantu dan bukannya menjatuhkan antara satu sama lain?

nis tidak memihak pada sesiapa dalam mana-mana kes. nis tahu nis juga akan terlibat sama kalau ada antara blogger yang rapat dengan nis bergaduh. mahu tidak mahu nis terpaksa masuk campur sesekali. Tetapi nis selalu ambil jalan tengah mendamaikan walaupun selalunya apa yang nis katakan malah tidak diendahkan. Yalah. Siapalah nis hendak menegur. Empat tahun berblog pun belum layak untuk jadi "otai".

Teguran ini bukan untuk blogger baru sahaja. Blogger lama juga begitu. nis tak mahu tuding jari pada sesiapa. nis tahu kadangkala ada yang terasa hati dengan cara blogger lain membahaskan sesuatu topik. Kemudian mulalah membalas dengan menaikkan entri tidak puas hati dalam blog masing-masing. Akhirnya bergaduh dan saling membalas. Susulan daripada itu, masing-masing malu atau sengaja tidak mahu bersua muka dengan blogger yang dikeji dan dikutuk. Siapa yang rugi? Sendiri yang rugi.

nis tahu ada blogger yang berblog kerana mahukan pendapatan, ada yang secara suka-suka dan banyak tujuan lain. Bila berlaku pergaduhan, tidakkah terfikir, kadangkala pembaca blog kita menyokong orang yang kita kutuk dan keji itu. Kita hilang seorang pembaca. Bila blogger itu menyebarkan isu terkini antara blog yang bergaduh, masalah yang rumit akan jadi besar dan dunia blog akan jadi semakin sunyi. wawwi widget sekalipun tidak dapat membantu menaikkan trafik kalau pembaca sudah menetapkan blog mana yang mereka tidak mahu masuk. Rugi? Memang rugi.

Yang pasti semua orang berblog untuk dibaca oleh orang lain, melainkan blog peribadi yang dijadikan diari online. Blog seperti ini biasanya diprivasikan dan hanya orang tertentu sahaja yang akan membacanya.

No comments: