Tuesday, September 7, 2010

Beraya Tanpa Ketupat dan Lemang?

SalaAm..

[Mengenangkan blog yang sudah beberapa hari tidak dikemas, dan isu-isu yang timbul.]

Beberapa hari ini kedengaran kontroversi tentang iklan raya TV3 yang secara ketara menyelitkan unsur-unsur agama Kristian dan Buddha. Mulalah di sana-sini para blogger mula membuat andaian sendiri dan berlaku kes culik-menculik entri antara satu sama lain. Masing-masing mentafsir iklan raya dengan ilmu masing-masing. BEtul atau tidak belakang kira. Yang penting, SEO, trafik. [Aduhai, blogger.]

Tiba-tiba hari ini muncul pula isu baru. Ketupat dan lemang yang merupakan tradisi raya Melayu Malaysia terutamanya, tiba-tiba dikaitkan dengan unsur Illuminati dan Freemason. [Uik! Apa kes ni?]

Kes ketupat: Checkerboard

altar freemason


Sama tak corak dia?
 Ha... Kan. Sama tak corak dia. Jadi apa yang kita perlu buat? Hapuskan tradisi zaman-berzaman ni?

Tengok lagi satu pula.

Ketupat Palas: Pyramid and the All-Seeing Eyes

Ketupat palas. Nis tak suka makan sangat..
Ada macam sama tak dengan gambar ketupat palas?

Ha.. All-Seeing Eye ni macam bentuk ketupat palas, kan?

Lagi satu, lemang. Kalau dapat makan dengan durian memang sedap, kan? Fuh...

Apa masalah pula dengan lemang ni?

Selalu orang bakar susun macam ni, kan?

Sedap ni.. Huhuhu...

Eh, kejap! Kejap! Tengok ni pula!

Organ di gereja. Ada nampak macam lemang tak?
Eh, ada unsur Kristianiti pula dah.

Semua tak boleh makan ke? Kalau macam ni, mana meriahnya raya?

Siapa-siapa yang dah habis tengok The Arrivals tu, janganlah taksub sangat dengan Freemason dan Illuminati ni. Tapi kes iklan TV3 tu memang bahaya. Boleh terpesong akidah. Tapi iklan tu pun dah ditarik balik dari tayangan, kan? Sudah-sudahlah sebarkan iklan tu di facebook.

Apa jadinya kalau raya tahun ni, LEMANG DAN KETUPAT DIHARAMKAN KERANA MENYERUPAI UNSUR-UNSUR ILLUMINATI?

No comments: