Sunday, September 26, 2010

Dalam Kenangan.. | Setahun Pemergianmu

SalaAm..

Dari NST online
Perodua Kancil smashes into tree, killing two

2009/09/26

GUA MUSANG: Two people were killed when the Perodua Kancil they were travelling in turned turtle after hitting a tree at Km 21.3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai here today.

The dead are Hanif Imran Zainuddin, 19, and his aunt Che Wan Norma Che Wan Long, 26, from Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut, Terengganu.

Gua Musang police chief DSP Aziz Hassan said Hanif Imran was believed to have lost control of the car before it skidded into the opposite lane and turned turtle after hitting a tree.

He said the victims were heading to Kuala Lumpur from Kuala Krai when the mishap occurred around 3pm today.


"Both victims, who sustained severe head and bodily injuries, died at the scene," he said.

The bodies of the victims were taken to Gua Musang Hospital for post-mortem and were later claimed by family members for burial. - BERNAMA


Dari Utusan Malaysia online
Dua bersaudara maut kereta rempuh pokok
26/09/2009 8:57pm

GUA MUSANG 26 Sept. — Dua bersaudara maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok sebelum terbalik di Km21.3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.

Hanif Imran Zainuddin, 19 dan emak saudaranya, Che Wan Norma Che Wan Long, 26, dari Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kereta yang dipandu Hanif Imran terbabas dan memasuki laluan bertentanglalu terjatuh ke dalam parit dan merempuh pokok sebelum terbalik.

Beliau berkata, Hanif Imran tersepit di tempat duduk manakala emak saudaranya tercampak keluar.

“Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat pemandu kereta yang mengambil masa 15 minit untuk dikeluarkan,” katanya.

Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat, katanya. - Bernama


Dari Berita Harian Online
Dua terbunuh pulang beraya
Oleh Ramli Ibrahim
bhkb@bharian.com.my

Mangsa dalam perjalanan ke ibu negara maut kereta rempuh pokok

GUA MUSANG: Dua bersaudara yang dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menyambut Aidilfitri di kampung, maut apabila kereta Perodua Kancil dinaiki mereka merempuh sebatang pokok lalu terbalik di Kilometer 21.3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, petang semalam.

Kemalangan berlaku hanya beberapa jam selepas polis mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, bagi mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu di musim perayaan.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, pemandu kereta, Hanif Imran Zainuddin, 19, dan saudaranya, Che Wan Norma Che Wan Long, 26, masing-masing dari Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata kedua-dua mangsa sebelum itu dalam perjalanan dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur selepas pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

Beliau berkata, kereta dipandu mangsa dikatakan gagal dikawal menyebabkannya memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudian dipercayai merempuh sebatang pokok lalu terbalik,” katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, Aziz berkata, pemandu tersepit di tempat duduk manakala saudaranya yang duduk di sebelah, tercampak dalam keadaan belumuran darah.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa 15 minit mengeluarkan mayat tersepit dicelah remukan kenderaan itu.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.


Setelah puas mencari, baru terfikir nak buka berita di internet.
Sedih.

NotaBuku:
1. Entri blog lama, http://hawaniswah.blogspot.com , pada 29/09/2009. Err.. Jangan cuba buka blog tu. Link belum mati, tapi akan redirect ke blog ini.
2. Jangan cuba buka telefon genggam nis untuk periksa mesej dari kekasih. Takkan jumpa. Tak fasal-fasal terjumpa mesej tentang kawan nis yang meninggal. Daripada mood sedih nis jadi tergelak besar.
3. Rindu pada arwah TTT juga [10/07/1982 - 17/09/2010].

No comments: