Kenapa berblog?
Persoalan bagi setiap blogger. Blog, tempat luahan rasa. Blog teman kala sunyi. Blog tempat curahan karya. Blog medium menyampai rasa hati pada dia. Blog sebagai tempat mengaplikasikan kemahiran html.
Kenapa berblog?
Blog lebih mudah digunakan berbanding web. Blog boleh diakses oleh setiap orang kecuali kita yang letak penghadang. Blog ramai kawan.
Kenapa berblog?
Sebenarnya..
Kenapa berblog?
Sebab aku sudah hilang dari dunia nyata. Telefon tak boleh selalu, nanti membazir kredit. Buat misscall nanti katanya kedekut kredit pula. Bila dapat call dalam kelas terpaksa beritahu sedang dalam kelas, tapi kemudian dimarah kata tak hormat apa segala macam. Lepas tu ditelefon balik tak diangkat. Seharian tunggu tapi masih sama.
Kenapa berblog?
Sebab tekanan. Kalau ini caranya lari sebentar dari dunia realiti yang mengganas dan membingungkan, kenapa tidak?
Kenapa berblog?
Untuk berkongsi rasa, kemahiran, kasih sayang.
Kenapa berblog?
Kerana aku punya keluarga maya yang besar sekarang.
Kenapa berblog?
Jawablah sendiri.
NotaBuku:
1. Paling benci bila dapat panggilan selepas kelas dan kita jawab sampai tertidur-tidur hanya untuk dibebeli.
2. FB keluarga dan FB blog terpisah. Jadi jangan pertikai bila aku tidak buka FB keluarga sebab tidak ada apa-apa yang menarik di sana kalau hanya untuk memprivate wall untuk mengelak dibebeli kerana ada orang post tentang Ida Nerina, Hafiz AF, Adam AF, Syahir AF, Aznil Haji Nawawi. Blueks! Memang aku buka setiap hari, tapi bukan FB keluarga. Siapa yang rajin cek wall setiap hari?
3. Minggu ini ke Teluk Anson. Aku hanya mahu beritahu itu dan bukannya minta wang belanja walaupun sebenarnya hanya tinggal tak sampai seratus dalam tangan. Tolak bil, tolak sewa rumah, tolak baju-T Peers memang tak cukup.
4. Malas balik sem ni. Sewa rumah tetap jalan. Daripada duduk di rumah sendiri pun minta sewa baik duduk di rumah sewa terus kan? Tengoklah. Kalau ada lagi duit lebih mungkin aku balik. Itu pun kalau panggilan telefon diangkat. Mungkin.
5. Masih dapat mesej "jual minyak urat". Ada siapa-siapa nak laki-laki desperate ni? Semalam aku sudah jaja satu nombor di warungchat. Jangan sampai aku tak buka telefon sama sekali nanti.
No comments:
Post a Comment