Monday, April 11, 2011

Peperiksaan Akhir dan Kisah di Sebalik Tabir

Semester empat, tahun kedua di UiTM Perlis, Arau. Ambil enam subjek dengan jumlah keseluruhan kredit 19 jam.

BAB501: 2 jam – tiada peperiksaan akhir
QMT437: 4 jam – peperiksaan akhir pada 22 Apr 2011 jam 8.30-11.30am
MAT522: 3 jam – peperiksaan akhir pada 23 Apr 2011 jam 9am-12pm
MAT571: 3 jam – peperiksaan akhir pada 29 Apr 2011 jam 8.30-11.30am
MKT420: 3 jam – peperiksaan akhir pada 03 Mei 2011 jam 9am-12pm
QMT463: 4 jam – peperiksaan akhir pada 06 Mei 2011 jam 8.30-11.30am

QMT437: Operational Research – Tahap penguasaan: 70%
MAT522: Ordinary Differential Equation – Tahap penguasaan: 95% (R2)
MAT571: Real Analysis – Tahap penguasaan: 60% (Belum habis diajar
ahh )
MKT420: Principles of Marketing – Tahap penguasaan: 75% (Subjek bacaan)
QMT463: Time Series and Forecasting II – Tahap penguasaan: 60% (Tak ambil Forecasting I – Hanya pelajar diploma yang ada Forecasting I)


Gred tertinggi:
QMT437: B+
MAT522: A
MAT571: B-
MKT420: C (dengan markah penuh untuk peperiksaan akhir)
QMT463: B-
BAB501: B
GPA: 2.95 < bila nak dapat 3.0 ni
cry >

Kemungkinan untuk mengulang subjek MKT420: 90%. Sebabnya, tidak melaksanakan kertas kerja yang merangkumi markah 20%. Ada orang yang buat kerja haram. Malas datang kelas dan tikam dari belakang.

Penat-penat pujuk satu kumpulan tu supaya terima kami berdua untuk tugasan berkumpulan sebab dah tak ada kumpulan lain lagi tapi akhirnya dia seorang yang dapat buat kerja dengan kumpulan tu dan langsung tak beritahu nis satu apa pun tentang kertas kerja tu sedangkan setiap minggu nis tanya bila nak buat. 20 markah untuk carry mark hilang begitu saja
big-mad .

Nak buat kerja untuk tujuh orang seorang diri? Boleh tapi masa terlalu suntuk dengan kuiz tertangguh dan test berderet-deret
jobb . Minggu ke-12 baru mereka beritahu – minggu untuk hantar projek. Bukan beritahu, tetapi lebih kepada bertanya, “Eh, kau buat projek dengan siapa?” Mahu saja rasanya dilayangkan satu dua kali ke muka mereka bertujuh lempangglempangglempangglempangglempangglempangglempangg .

Sudahlah untuk projek Forecasting yang pertama pun dia tak buat kerja
hamek . nis buat kerja seorang diri. Untuk projek yang kedua ini markahnya 15%. Kalau dia tak buat kerja lagi jangan haraplah nis nak tulis nama dia dalam kertas kerja tu. Kelas pun tak datang dan beberapa kali suruh nis tandakan borang kehadiran untuk dia – jangan harap nis buat kerja haram macam tu.nono

Penipuan tak bawa kita ke mana-mana. Dasar otak subsidi bubble-bear34. Sudahlah belajar di UiTM disubsidi. Dapat pinjaman penuh lagi. Tapi kerjanya menipu. Terima kasihlah, “kawan”nahh
. Kalau kau terpaksa ulang dua subjek lagi semester ni aku ucapkan tahniah sebab berjaya kumpulkan empat subjek untuk semester extend kau.50


Ya, mungkin kalian akan kata nis jahat sebab doakan orang macam tugelakk . Tapi dia ada dua subjek pending dan nis ada satu subjek yang masih boleh diselitkan dalam semester enam. Dua subjek dia lemah untuk semester ni – MAT522 dan QMT463. Kalau masih tak sedar diri lagi lantak dialah kan? Kalau dia nak ulang semua enam subjek untuk semester ni pun tak apa.

NotaBuku:
Patutlah dia kena halau dari rumah sewanya semester lepas
bisikk . Perangai macam ni memang patut kena pulaukan.

2 comments:

Anonymous said...

tak rasa macam nak letak kawan nis sebagai cameo dalam Adam Qaiser ? bagi dia kena bunuh ngan Nemesis ?

Idea memilih nama

hanis aleeya aka gadis sepi said...

hahaha.. boleh gak. nak letak ke? (itu je cara nak balas dendam yang ada ek? hahaha..)