Saturday, April 23, 2011

Yang Terabai

Bila masuk musim peperiksaan, berjalan-jalan melihat blog-blog semuanya berkaitan peperiksaan. Itu mujur saja kalau ada yang mengemaskini. Tapi bila dilihat-lihat semula, kebanyakan blog tidak ada yang menjaga. Terbukti, yang paling ramai berblog adalah pelajar.

Fenomena blogging dan blogger sekarang sudah seperti dibawa ke dunia realiti hampir keseluruhannya. Kita melihat ramai blogger membuat pertemuan. Perhubungan alam maya tidak lagi sekadar aku dan kamu tetapi sudah membawa kepada kita dan mereka.

Sampaikan ada beberapa kali, teman-teman bertanyakan tentang blog dan nis ceritakan kepada mereka apa sebenarnya dunia blogger. Segala hierarki dan peristiwa dalam dunia blogger seolah-olah hidup sebenarnya. Ya, barangkali kerana pemain-pemain sketsa dunia blogger juga pemain di pentas drama dunia.

Yang terabai, bila masuk musim peperiksaan itu sebenarnya ada dua. Yang pertama, blog. Yang kedua, peperiksaan itu sendiri. Terpulang kepada blogger. Dalam sebulan ini barangkali akan banyak blog yang bersawang dan nis pun sedang menghentikan kegiatan mendj dan bercuti dari menjadi admin di Bloggers Malaysia. Tinggallah dua orang admin sahaja yang menguruskan laman tu nanti. Mana perginya yang enam orang lagi, nis sendiri tak pasti. Mungkin sibuk dengan kerja dan sebagainya.

Blog akan terus dikemaskini walaupun sedang musim peperiksaan. Blogger tegar susah nak tinggalkan blog. Kalau bukan nis yang tulis, laling Namia akan ambil alih. Jadi teruskan membaca.

1 comment:

Anonymous said...

Assalam...itulaa, musim exam semua pasal exam dah...hek3.nnt dh kerja mesti byk citer pasal kerja...hek3.byk gathering skrg...malas lg nk join mana2 gathering

Latest : ►100Penulis : Kalau saya diberi RM100 sekarang, saya akan..