Monday, July 4, 2011

Sembang Kritis – Layanan Isteri Terhadap Suami

Kes (dibuka oleh Wartawan AnoNymous - WAN): “Perempuan Kena Layan Suami Macam Pelacur Kelas Pertama” 184720

Nis: Cara orang menisbahkan kepada pelacur kelas pertama tu menggambarkan penghinaan. Isteri yang dinikahi dengan cara halal tiba-tiba dikatakan layanannya tidak sama standard dengan pelacur? *orang takkan peduli pelacur tu kelas berapa*

Apa sebenarnya yang suami nak dari isteri sampai  perlu isteri tu belajar layan suami macam pelacur layan pelanggan? Kalau dinisbahkan kepada layanan isteri-isteri nabi tak adalah perempuan rasa terhina. *Macam mana diorang tahu cara pelacur layan pelanggan? Mesti diorang pernah langgan kan..* 185847

 

WAN: Yang kata tu kalau tak silap orang perempuan sendiri. Orang putih cakap, “You are like an angel” tak pun “every successful guy, there’s a girl behind them”. Tapi orang kita? 191726

Nis: Nis terbaca fasal layanan pelacur kelas pertama ni kalau tak salah dalam buku Ustaz Hasrizal – pembacanya majoriti perempuan. Tapi bukan perempuan (isteri) dinisbahkan dengan pelacur kelas pertama, sebaliknya diceritakan, pelacur dikatakan setiap kali terima pelanggan akan mandikan pelanggan – perbuatan ni dilakukan oleh isteri nabi tapi isteri zaman sekarang tak buat.  Lepas dimandikan, pelacur tu akan potongkan kuku pelanggan – pun dibuat oleh isteri nabi tetapi tidak oleh perempuan zaman sekarang. 195405

Beza isteri nabi dan perempuan zaman sekarang : perempuan zaman sekarang ramai bekerja cari nafkah untuk keluarga, balik rumah kadang-kadang lagi lambat daripada suami; isteri nabi kebanyakan masa duduk di rumah menguruskan rumahtangga.

Beza isteri dengan pelacur : isteri cuma dibayar maskahwin sekali seumur hidup (kecuali kalau dah cerai kemudian gila talak) tapi pelacur dibayar mengikut tempoh langganan.

Memang hak suami untuk dilayan sehabis baik, tapi isteri juga ada hak ke atas suami supaya dilayan dengan baik. Kalau isteri penat bekerja dan uruskan rumahtangga, suami pun kena faham-fahamlah. 195455

 

WAN: Jadi ada persamaan. Tapi isteri Nabi buat semua tu kerana mereka seorang isteri. pelacur pula tentulah kerana wang. Sepatutnya perlu kata “seorang isteri perlu layan suami mereka seperti seorang isteri nabi”lah kan? 200315

Nis: Better. Satu lagi, kalau nisbahkan isteri dengan pelacur, bererti isteri tu dikongsi dengan lelaki lain dan layan lelaki lain dengan cara sama (?). Cuma lelaki dayus yang sanggup tengok/buat. 201443

 

NotaBuku:

Ditulis berdasarkan perbualan pada tarikh 21 Jun 2011.

2 comments:

naqiah said...

mungkin bagi lelaki nak kite layan seks dyorg mcm pelacur layan.. pelacurkn dibayar.. of kos dia buat y the best biar lelaki puas.. tp cara dyorg sbut isteri mcm pelacur memang x ptt.. maybe dyorg ptt ckp "puaskanlah suami agar dyorg x lari keluar cari kepuasan ya lain" maybe lebih sopan kot.. sory kalau salah ckp

NoonaQQ said...

hehehehehe..owh,ni yg ctp ckp ea..bgus2. jujur lbh baik.. x gitu ctp?