Nis: Pagi tadi ada terdengar di IKIM fasal lelaki nak berpoligami, kemudian ada insentif. Apa pendapat WAN tentang ni? 203307
WAN: Mula-mula bincang fasal insentif. Salah satu syarat wajib (eh jap, bukan syarat wajib. Tapi syarat yang membenarkan. Hari tu lupa nak tegur.) adalah MAMPU. Jadi bila diberi insentif maknanya sudah tidak mampulah, kan? Di situ sudah dapat dilihat ada yang tidak kena. Masalah ini timbul dari sifat orang lelaki itu sendiri. Mereka hanya tahu lelaki boleh berkahwin empat, tetapi tidak pedulikan perkara lain. 204143
Nis: You got the point. Nis rasa nak gelak dengar alasan diorang, insentif tu untuk isteri takut terabai. 204417
WAN: Okey, kenapa nak berpoligami? Pertama nak bantu kaum wanita. Macam mana nak bantu? Kalau perlukan insentif? Mungkin satu lagi sebab iaitu si isteri tak dapat berikan nafkah batin (betul kan?) daripada terbabit dengan zina lebih baik berpoligami. Satu lagi trend sebab tak dapat anak. Di sini juga ada kesilapan. Memanglah isteri yang mengandung, tapi tak bermakna yang mandul hanya boleh berlaku pada kaum wanita. 205126
Nis: Pensyarah Bio nis pesan, kalau bertahun-tahun kahwin tak dapat anak, mula-mula kena cek suami dulu. Sebab nak cek lelaki ada satu ujian saja. Kalau cek isteri, banyak benda yang kena diperiksa.. 205928
WAN: Pada Nis, Nis setuju tak nak berpoligami? Note: Poligami dan curang adalah dua perkara berbeza. 210420
Nis: Depend on the situation. Kalau tak ada tuntutan syarie, untuk apa berpoligami? 211406
WAN: Jadi topik poligami selesai. Kita nak berdebat, tapi sependapat. 212310
Nis: Next topic… 212652
NotaBuku:
23 Jun 2011
3 comments:
poligami ni tuntutan agama kan? klau buat mesti dapat pahala.
tapi kena bermesyuarat dulu dalam pelbagai aspek.
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya) maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi; dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak (hamba) yang kami miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
An-Nisa, ayat 3
Ingatlah, manusia tu takkan mungkin berlaku adil.. Poligami bukan tuntutan, tapi kelonggaran..
sokong hanis. poligami bukan tuntutan, tapi kelonggaran. tapi ramai lelaki yg slh gunakan kelonggaran ni. adeyhh, lelaki...lelaki, x penah cukup dgn satu! >.<
Post a Comment