Friday, August 26, 2011

Kembali Berlayar ke Dunia Buku

Ya aku hantu buku tegar yang tak pandai menyembunyikan keanehan itu. Kedai buku adalah satu-satunya tempat yang boleh membuatkan aku tersesat tak bertemu jalan keluar walaupun kedainya cuma cukup untuk seorang lalu di kiri dan kanan.

Buku-buku di sini murah-murah. Baru beli satu, dua buku yang menarik perhatian aku.

Tapi yang peliknya..

Setiap kali ke kedai buku pasti ada satu buku yang aku akan nampak =.=” Bahkan setiap kali lalu.

“Bekal Pengantin”

Eh, kenapa ni?

Lambat lagilah. Gigit karang buku ni. Pergi menyorok kat belakang-belakang sikit. Orang datang sini bukan nak cari buku fasal nikahlah.

Oh, ya. Novel Kahlil Gibran – Sang Nabi.

Aku ingin kembali ke dunia sastera aku. Sudah terlalu lama rasanya aku tinggalkan. Aku rindukan sastera. Aku mahukan sastera. Aku dahagakan bahasa berbunga. Terlalu dahaga.

NotaBuku:
Bila dalam hati aku ada seseorang, karya-karya lama aku akan terhenti di tengah jalan. Pilihan sama ada mahu meneruskan angan-angan cinta lama atau menggantikan kisah baru.
Aku lebih gembira walaupun dia jauh.
Tak mahu teruskan kisah lama.
Biarlah aku jadi gadis baju biru.
Terasa sempurna seketika.

No comments: