Saturday, May 29, 2010

3 bulan

Apa yang tiga bulan? Radhiah tiga bulan? Oh, salah. Radhiah sekarang umurnya tiga bulan + seminggu.

Tiga bulan, sebelum mencecah usia 20. Dan hari ini ibu asyik marah-marah. Semalam juga, dan hari sebelumnya, dan hari sebelumnya. Dan ibu mengira hari. Ibu kata umur nis sudah 21.

[Terasa mahu gelak besar-besar, tapi aku menangis. Sebab aku sakit tanpa ada orang mahu tahu. Aku sakit tanpa ada orang mahu percaya. Barangkali aku perlu sakit seperti Fida Aishah, atau dia, baru ada orang percaya bahawa aku sakit.]

Ibu kata aku sakit jiwa. Apa salahnya kalau aku sakit jiwa? Aku bunuh siapa? Aku hanya bunuh diri aku sendiri, kerana aku diamkan semuanya sejak dahulu. Mujur ada teman kecil sang pena dan abangnya sang kertas di sisi. Dan ke sinilah akhirnya aku curahkan supaya sakitku berkurang.

Tapi migrain tak akan berkurang dengan hanya coretan. Apa harus aku buat? Melihat panadol ibu empat lima papan itu membuatkan aku terfikir untuk menelan kesemuanya.

[Kalau aku dibawa bertemu psikiatris, pasti aku ditahan di Tanjung.]

No comments: