Hari ini adik serahkan dua surat ke tangan nis selepas ayah pulang dari kerja. Surat tawaran, ke program diploma.
Kenapa kelakar?
1. nis pelajar B.Sc. (Hons.) (Management Mathematics) UiTM. Gatal tangan memohon program diploma.
2. Dua sampul kedua-duanya dari Twintech. Ada kesilapankah?
Sebab kedua buat nis hampir sakit perut. Kalau tarikhnya berlainan tidak apalah. ini tarikhnya sama. 11 Mei 2010 dihantar, diterima pada 21 Mei.
Baru perasan. Sistem pos UTP jauh lebih baik daripada dahulu. Masih teringat lagi, borang dan surat tawaran matrikulasi nis dahulu lewat sebulan sampai ke rumah. orang lain sudah selesai urusan, nis baru dapat surat pada hari Selasa minggu sebelum masuk kolej, sehari selepas pulang dari kem PLKN di Selama.
Apa-apa pun, tetap sayang UiTM.
Mungkin nis lebih sayangkan UiTM daripada UTP tempat mermukim selama 5 tahun. Buktinya? nis baru tahu Kompleks Canselor itu apa sahaja isinya. Baru tahu Dewan Senat ada di tingkat empat di atas perpustakaan. Baru tahu di mana Pocket D, Pocket C.
Ya. Mungkin itu benar. UiTM di hatiku.
No comments:
Post a Comment