Tuesday, May 4, 2010

Dah Tak Ada

Semua penyeksaan itu sudah berlalu.

Kehidupan seorang pelajar berakhir hari ini.

Jalan ke Stesen Tren Arau, siap lambai-lambai keretapi yang lalu.

Kalau diikutkan, memang dah boleh balik hari ini.

Tapi entah kenapa rasa nak balik esok.

Siap telefon ma pagi-pagi cakap nak balik esok.

Akhirnya blog ini berupdate juga selepas hampir sebulan. Tak adalah bersawang sangat, kan? Hotel City nis lagi dahsyat. Siap berlipas lagi.. Hahaha...

Keluar dari dewan tadi, terus terjah internet UiTM di bawah tangga PDJH. Walaupun tahu blog tak boleh dibuka, nis buka juga blogger.com. Paling tidak tahu juga apa yang berlaku keada kawan-kawan nis.

Dan entri pertama yang menarik hati, hasil nukilan Ann. Kenapa? Baca di sini.

Sejak masuk GB, adik nis bertambah-tambah. Walaupun sebenarnya bukan adik.. Hahaha..

Dua orang geng GB yang jadi adik nis,
Ann

[Dan sebenarnya ku mengharapkan.. nis lagi muda dari diorang.. Hahaha...]

Ok. Cukup. Nak enjoy kejap. Lepas ni ada tugas yang perlu diselesaikan. Blogwalking.

{Rindu GB sangat-sangat}

Kepada manusia-manusia yang bertuah, nama anda disenaraikan untuk projek terbaru nis. Nantikan, ya!

No comments: