Kenapa 125 orang? Sepatutnya 124 orang.
Sebab muka Biel di follower ke 125. Haha..
Yalah. Nis bergurau sedikit pun susah.
Apa sebenarnya tujuan berblog? Hendak cari followerkah?
Tidaklah. Biarkan mereka-mereka yang merajuk itu.
biarkanlah saja dirikuSekarang musim cuti di kampus-kampus universiti awam Malaysia. Tapi di UiTM, semester baru akan bermula esok. Semester sebulan atau lebih dikenali sebagai intersesi.
sendirian tanpamu
Blog baru sempat dikemaskini tiga kali sahaja sebelum ini untuk bulan Mei sebab nis kerja sejak Isnin lalu. Balik dari kerja, otak sudah penat dan hanya mahu fikir tentang katil.
Nanti bila ada idea baru, nis akan kemaskini lagi, ya?
Oh, sebelum terlupa. Karya Hanis Aleeya sudah dikemaskini. Sila skrol ke atas, di sebelah kanan pada sidebar ada link untuk ke sana. Di kotak "MyBlogspot: Sila Singgah". Silalah singgah. Jangan lupa tinggalkan komen, ya. Di sana tidak ada kotak untuk menjerit-jerit. Suasananya tenang. Jadi, menjeritlah puas-puas di sini. kotak untuk menjerit ada di sebelah kanan blog, bergantung pada sisi kanan. Kaunter pertanyaan pula ada di sidebar. Tanyalah sepuas-puasnya apa yang hendak ditanya. Nanti nis akan buat satu entri khas untuk formspring.
Lagi satu. nis masih ingat janji pada seseorang beberapa hari lepas.
Sila layan soalan-soalan di sini. Skrol ke bahagian bawah sekali untuk membaca soalan survey.
Ini pula, tag yang sudah berbulan-bulan daripada HyperPlasma.
nis tak tahu hendak tag siapa, jadi nis biarkan sajalah. Lagipun, rasanya sudah ramai yang ada anugerah ini, bukan?

No comments:
Post a Comment