Monday, July 12, 2010

Benda Baru dalam Hidup Aku | Bola | Hidup Tanpa GB

Ah, minggu ini memang penuh sesak dengan jadual kuliah yang baru bermula dan tugasan yang mula menimbun. Ya, kehidupan pelajar memang tak pernah lepas daripada duga dan duka.

Bola

Aku memang gadis yang tidak pernah layan bola seumur hidup aku yang hampir mencecah 20 ini. Aku bukan gadis yang tergila-gilakan kekacakan pemain bola sepak terkemuka seperti teman-teman aku. Ya, aku akui nama-nama seperti David Beckham, Fabregas, Kaka, David Villa, [Serius, aku hanya tahu wajah David Beckham sahaja] pernah singgah ke telinga. Tapi hati aku tak pernah tergerak untuk tahu apa ertinya nama-nama itu kepada dunia. Bagi aku, dunia aku adalah dunia aku. Biarkan mereka dengan dunia mereka.

Tapi malam tadi aku diberikan link untuk menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung melalui Baby Lappy aku [sebenarnya kali kedua] dan sempat juga aku layan selama kurang lebih satu jam sebelum aku menutup "mata" Lappy dan melayan keperluan tubuh [tidur].

Live streaming.

Serius, mula-mula aku buka ini. Full screen!

Ya, aku tak boleh hidup dengan skrin gelap. Nampak tak aku update Twitter di sana?

Manusia yang ajar aku tengok bola..

Nampak? AKu sediakan bukti untuk kalian. Ya, aku layan bola. Tapi satu jam sebelum bola masuk gawang aku sudah tidur. Penatlah! Sikit-sikit tarik "mambang kuning".

Hidup Aku Tanpa GB

Oh, ya. aku memang merajuk tak mahu masuk GB. Lihat sana nama aku tidak ada. Biarkan!

Tadi aku intip karpet kesayangan warga GB. SUNYI! Hahaha..

[Sepatutnya subtajuk bahagian ini adalah "Hidup GB Tanpa Aku".]

Memang bukan aku yang menghidupkan GB. Memang kon admin GB. Tapi hari ini GB benar-benar sunyi. 3 jam diperlukan untuk memenuhkan satu round perbualan. Kalau ada aku pasti tak sampai tiga minit karpet sudah penuh. Hahaha..

Perhatikan waktu mijae tinggalkan link.


Perhatikan pula waktu ZE [nama ZE di bawah sekali dalam gambar di atas] cicirkan link.
GT pun tidak ada. Aku perhatikan karpet dari pagi tanpa niat untuk masuk. Biarkan!

PS: Mijae! Nampak benda tu! Nampak semua! Aku dah kata aku tak pernah layan bola kan?? Wekks! Nak g printscreen!

No comments: