Thursday, July 8, 2010

Hari Penuh Duga

Aku benci benar rasa ini.

Aku tak nampak apa-apa pun di papan putih cemar itu. Kelas pertama semester ini ternyata bermula dengan sangat teruk.

Mungkin aku benar-benar perlukan ini sekarang.

Keperluan atau kehendak?
Ah, aku duduk di barisan paling hadapan dah aku hanya lihat conteng-conteng merah hitam dari pena sang pengajar. Jadi hilang terus semangat aku.

NotaBuku:
1. Habis lagi dana aku untuk semester ini.
2. Tak tahu bila SKP (Skim Khidmat Pelajar) dibuka.
3. Ah, aku rasa mahu pakai kanta lekap. Kaca mata tak sesuai dengan aku.
4. Apa itu? Astigmatism? Aku nampak tulisan berlapis-lapis. Aduh..

No comments: