Saturday, July 17, 2010

Bukti Rakyat Malaysia Pemalas!

Tadi nis cek trendiing search dengan Google Insights. Tukar Location, tukar Time ranges. Ini hasilnya.

Google pun nak di"google"?

 Nampak tak? Facebook, Yahoo!, Youtube, login Facebook, sampaikan ke Google pun kau orang nak Google ke?

Heish! Cara paling senang kalau malas sangat nak taip. Sini nis ajar. Pergi ke address bar. Tahu address bar yang mana? Alah, yang selalu orang taip URL tu.

Nak tengok besar lagi? Ermm.. Tak cukup besar ke?

Yang highlight merah tu nama dia address bar, okey? Jangan buat tak tahu pula lepas ni.

Cara dia senang. Taip benda yang nak dibuka tu di address bar macam biasa. contohnya kalau nak buka Google, taip "google" dalam address bar tu. Jangan taip benda lain. Lepas tu, (three) tekan Ctrl+Enter di keyboard. Senang kan?

Kalau nak buka blog pun sama. Kalau nak buka blog nis, taip detik-hati-aleeya.blogspot, lepas tu tekan CTRL+Enter.

Tu untuk laman yang ada .com di belakang. Kalau tekan Shift+Enter akan keluar .net.

NotaBuku:
Paling tak suka tengok orang meng"google" Google. Please! Sila google benda lain, tapi jangan la google Google!

No comments: