Ya, atas desakan Jejaka Terhangat aka JT, nis buat sajalah entri ni. Dia asyik kata “Hanis ni kata busy tapi ada kat sini 48 jam sehari,” *okfine!*
BCR ni adalah salah satu komuniti blogger yang mengumpulkan blogger-blogger dari Malaysia tak kira di mana mereka berada atau hosting provider apa yang digunakan untuk blog mereka. Elemen paling penting dalam BCR adalah chatroom dan bloglist di laman web utamanya http://bcroom.net.
Baiklah, kat sini nis nak ceritakan fasal tiga orang ahli BCR.
1. Laling Namia
2. Jejaka Terhangat *hambek! Hahaha..*
3. Touya Karuma << Mana entah dia ni tak pernah nampak pun sembang kat BCR.
Namia (http://www.namia.gomofm.org)
Blog namia ni kebanyakannya menceritakan apa yang berlaku di sekelilingnya. Ada juga entri tentang isu semasa seperti drama Nora Elena dan isu yang sekian lama diperdebatkan seperti kes dara dan pemakaian tudung – dan sudah tentu, entri berkaitan dengan GomoFM.
Jejaka Terhangat (http://www.jejakaterhangat.com/)
JT ni entri-entri dia biasanya berkaitan dengan isu sekeliling dia. Tengok Semanis Kurma pun dia boleh buat entri *padahal tengok 20 minit je* Tapi kebanyakan entri dia memang berdasarkan pemikiran logik dan hujahnya kuat. Kalau nis berlawan debat dengan dia boleh kalah nis dibuatnya. :p
Touya Karuma (http://touyakaruma.com)
Dia antara blogger pertama yang nis kenal dalam dunia blog. Sebelum nis berhijrah jadi blogger tegar lagi nis sebenarnya dah jadi stalker dia dalam tak sedar. Blog dia juga blog pertama yang nis dah habiskan baca sampai entri pertama. Sayangnya sekitar minggu pertama bulan 6 blog dia dihack dan tak berjaya dapatkan balik entri-entri lama walaupun berjaya unhack. Dan nis nampak balik tagline “Tolong Jangan Ngorat Saya” macam kali pertama nis buat review untuk blog dia =.="
Ini blog baru dia.
Blog lama dia macam yang di bawah ni..
Dua orang geng BCR? Apa susah.. Encik Touya dan cik Namia, sila pastikan tag ni diselesaikan..
NotaBuku:
Setel.


4 comments:
wah2.. kalo de rezki dpt la slh satu adiah tu.. hihi
ha'ah blog touya best. hehe. rajinnye pi selongkar blog dia. :p
ngeh2..time nak semak penyertaan baru JT kasi komen..nanti tgk keputusan kontest ni yek..=)
fariq, saja je buat.. x harap pun..
ss, kite stalker dia sejak lebih setahun lepas.
jt, takesah lalala...
Post a Comment