Semalam baru aku tahu, rupanya seorang teman itu sudah menikah dan sedang menjalani bulan madu bersama suami tercinta. Aku benar-benar terkejut. Patutlah dalam dua minggu ini aku cuba menghubungi dia tetapi langsung tidak ada jawaban daripadanya.
Teman baikku ini sejak zaman sekolah dahulu, selalu bersama aku suka duka. Walaupun dia juga yang sering mengusik aku dengan seseorang, malahan pernah dengan sengaja mengenakan kami berdua sewaktu hampir separuh pelajar kelasku melepak di bilik kaunseling (ya, hampir semua pelajar kelas kami ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya jadi bilik kaunseling adalah tempat kami melepaskan lelah dan mencari maklumat untuk melanjutkan pelajaran sementelahan ketika itu kami berada di tingkatan lima.)
Dan teman ini jugalah yang berani-berani memberikan diari aku kepada lelaki itu – salah satu usikan yang aku takkan lupa sampai sekarang.
Nah, ternyata kamu yang mendahulukan langkah itu. Walaupun kamu katakan tempohnya ada tiga bulan lagi, dan malah mengundang aku ke majlis walimahmu, ternyata majlisnya berlangsung awal di luar pengetahuan aku.
11.06.2011.
Kalau aku tidak memeriksa wall kamu tadi malam aku tidak akan tahu, teman.
Walaupun kamu menyembunyikan pernikahan ini dari pengetahuanku, tetapi aku masih menghargai kerana kamu mencari aku dan meluahkan dahulu kepadaku sebelum meneruskannya. Kamu masih menghargai aku sebagai temanmu, itu yang penting.
Harapnya kamu dan suamimu akan bersama-sama menempuh suka duka sehingga ke syurga.
Untuk sahabatku Syarifah Fawwaz Syuhada binti Syed Kassim. Terima kasih atas persahabatan yang berlangsung baik meski banyak cabaran yang telah kita tempuh untuk mengekalkannya.
NotaBuku:
Dad, I know you read this. I’m in love. It’s not that easy to tell you but I’m not playing around. I can’t call you because each time I’m calling to tell you about him I can’t even say a word. Wait, I did give you hints before, if you notice. Even fowarded his message to you. The one who is sick and can’t get up from bed for the whole week.
1 comment:
i'm in love.. hehe
Post a Comment