Friday, June 3, 2011

Yeah, nice one!

Dah malas bertekak. Orang takkan faham kalau aku menangis sepanjang hari tu maksudnya apa. Mahunya mesti diturut walaupun tak masuk akal.

 

Dalam zaman dunia didominasi lelaki ni ada ke pekerjaan yang tak menuntut perempuan untuk pakai seluar sama sekali? Cikgu pun kalau pergi sekolah setiap hari pakai baju kurung, bila waktu sukan atau pergi menyertai perkhemahan mesti pakai seluar juga kan.

 

Suruh berhenti belajar (dengan amaun PTPTN mencecah 7k) dan kerja tapi dengan syarat kerja tu tak perlu untuk pakai tudung lebih pendek daripada labuh 45, tak boleh pakai seluar tapi kelulusan cuma taraf SPM. Ada ke?

 

Nis ajukan pertanyaan ni kepada Encik Novelis dan dia kata “Tukang sapu pun kena pakai seluar”.

 

Set. Nampak tak? Kerja korporat? Layak ke? Jadi kerani pun belum tentu boleh pakai baju kurung sepanjang masa.

 

Dunia didominasi lelaki sementara pekerjaan didominasi wanita. Dunia lebih dominan daripada pekerjaan dan bererti etika berpakaian harus mengikut citarasa orang yang memegang dunia. Jadi apa?

 

Salah satu sebab graduan ramai menganggur: Memilih kerja.

Sebab kedua: Terpaksa memilih kerja walaupun sebenarnya dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan halal dan boleh sambung kehidupan.

 

Oh, nanti ada orang akan kata “Jadi awak rasa awak dikongkonglah ni?”

 

Memang pun zaman sekarang ni perempuan terkongkong dengan peraturan yang selalu mengatasi aturan agama.

 

Tak guna ada ijazah kalau common sense tak ada. Zaman dah berubah. Sekarang ni “kalau nak hidup, buat. Kalau tak sila jadi mayat.”

No comments: