Wednesday, June 15, 2011

Keretapi Malam

Kali pertama nis naik keretapi adalah pada 18 April 2009. Hari terakhir di matrikulasi. Balik selepas mengambil peperiksaan Medsi dan Munsyi – nis tak layak jadi guru dan tak layak masuk USM.

 

Sejak kali pertama tu, tak pernah lagi nis naik bas ekspres ke mana-mana. Lebih-lebih lagi nis memang ditakdirkan untuk menyambung pelajaran di utara tanah air lepas SPM. Kuala Nerang, Kedah kemudian di Arau, Perlis. Perjalanan jauh dan laluan dari Perak ke Pulau Pinang yang menakutkan di sepanjang lebuhraya menjadi punca.

 

Keretapi malam bawa banyak kenangan. nis dapat berkenalan dengan orang Kanada, pernah kena ngorat dengan orang Afrika =.=” dan gathering blogger paling unik setakat ini adalah pertemuan di stesen keretapi Taiping. Tapi nis langsung tak jejak stesen. Nak tahu apa yang berlaku? :malu Tak payahlah.

 

Tren nombor 21 membawa penumpang ke arah selatan. tren nombor 22 membawa penumpang ke arah utara.

 

nis pernah duduk di sekitar Taiping dalam tempoh lebih kurang dua bulan. Dan cuma pernah pergi ke dua tempat yang betul-betul berada di Taiping. Stesen bas Taiping dan Taman Tasik Taiping.

 

Eh, tadi bukan nak cerita tentang keretapi malam ke? Apa melalut ke Taiping ni?

 

Haha.. nis memang suka melalut.

 

NotaBuku:
Mungkin suatu hari nanti nis akan naik keretapi malam dan turun di stesen Taiping, siapa tahu.

2 comments:

touya said...

Nie kes lari dari tajuk nie

hanis aleeya aka gadis sepi said...

lari dari tajuk itu normal...