Tuesday, August 3, 2010

Perihal Cinta Ep 7

hari ini aku bisu
aku hanya lihat
aku punya mata
aku perlu tahu
aku mahu saksikan sendiri

hari ini aku buta
aku hanya dengar
aku punya telinga
aku mahu meneroka

hari ini aku pekak
aku perlu beritahu dia
tapi aku tak tahu nanti
apa jawab dia

ah, dunia aku
seminggu hanya sesaat

aku akan mati
tinggalkan dia
tinggalkan kamu

semua akan mati

mati
pisahkan aku dan kamu
pisahkan aku dan dia dan dia

tapi cinta hati aku

ah, aku perlu beritahu dia
sebelum aku tutup mata
sebelum dia pergi
sebelum kita berpisah

No comments: