Khabar Cinta
pagi ini aku tanyakan kamu akan khabar cinta
kamu kata cinta kamu luka
luka lagi dan lagi
dan untuk kesekian kali
kamu sandarkan kepalamu pada bahuku
menumpang teduh di bawah payungku
mendung hari pagi ini
di wajahmu yang selalu ceria itu
tidak secerah ceria mentari Agustus
senyum hilang dari bibir mungilmu
tapi, teman, aku harus pergi sekarang
kerana aku punya janji
janji cita cinta aku
janji masa lalu aku
janji terus hidup walau aku mati
dan teman
malam ini aku akan pulang
dan aku tanyakan lagi
apa khabar cinta kamu hari ini (?)
1003a 04082010
B. Ujian 3B,
Araustralia
No comments:
Post a Comment