Saturday, January 8, 2011

Aku Pun Teringin..

Bila tengok manusia-manusia sengal yang boleh bergurau senda tanpa menghiraukan orang lain, aku pun teringin nak jadi sengal.

cbox.ws 2011-1-7 15-3

Aku tau ada orang akan melenting tengok icon kiss tu. Tapi itu kan bukannya apa-apa. Alam maya bukan realiti, kan? Dan ada orang kata avatar aku songsang =.=’’ Itu kan gambar dua ekor tikus, seekor melompat-lompat di atas perut kawannya yang seekor lagi. Cuba tengok telinganya pula, bulat, bukannya segitiga; jadi itu bukannya *bb* dan ekornya lurus tidak bergulung-gulung. Kalau tidak cukup jelas,

<<<--- di sini ada gambarnya. Kalau tak nampak, skrol ke atas dan ke bawah. tak nampak juga, maknanya ada masalah talian disekat atau load tak habis.

 

Bila dunia realiti tak memberangsangkan, aku akan lari sebentar ke alam maya. Tapi aku tahu aku takkan hidup selama-lamanya di alam maya. Dalam dunia realiti juga. Jadi rasanya memang tak patut aku sedih bila aku perlu berpisah dengan siapa-siapa. Tapi..

 

Malam tadi dinda ina masuk ke chatbox mungkin untuk kali terakhir. Inilah dinda yang paling rapat dan paling cepat dekat dengan aku. Tapi aku tak sempat nak buat screenshot sebab Baby.Lappy terpadam. Mesti keluar bluescreen lagi masa aku tak perasan. =.=’’

 

Dan masa aku tulis entri ni, dinda ina dah dua jam dalam penerbangan ke London, meneruskan cita-citanya sejak dari usia muda. Dia lebih muda dari adik aku yang kelima. Baru 13 tahun, tapi sudah mula belajar di negara orang. [Fida Aishah mixed-blood Malaysia-Aussie. Tak kira, ok? Haha.. Kalau aku belajar di Indonesia pun aku anggap itu kampung aku, bukannya negara orang. Ya, aku anak Minang.]

 

North Bridge Senior School. Aku ingat dan aku akan ingat selagi masih diizinkan. Supaya tak lupa aku tulis entri ni khas untuk dia. Dan aku akan selitkan segmen khas perpisahan yang dijalankan di GomoFM malam tadi di dalam blog ini untuk dia.

 

Prince Albert Road. Aku tahu tempat itu memang popular. Di situ dia akan tinggal sementara bersama keluarga pakciknya. North Bridge Nursery School, dia kata akan masuk ke sana pada usia 17 dan minta aku ke sana sebelum dia masuk ke sekolah itu. Doktor. Dia kata mahu jadi doktor, dan arah tujuannya sudah jelas.

 

Malam tadi kali kedua aku benar-benar menangis untuk seorang keluarga alam maya aku. Pertemuan membawa perpisahan, bak kata Encik Kelubi Seman. Tanpa pertemuan tiadalah perpisahan. Aku harap nanti kalau ada masa untuk pulang ke kampung pulau aku, adalah kesempatan untuk bertemu dengan Acik. Syaratnya, aku kena pulang seorang diri. UBD. Aku ingat dia pelajar UBD. Universiti Brunei Darussalam. Salah satu negara yang pernah aku jejak 12 tahun yang lalu.

 

Entri khas Raja Puan Anis untuk Permaisuri Ina Shazarina.

No comments: