Tuesday, January 25, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 6

LOL! Berapa hari dah jadinya ni? Hahaha.. nis pun tak ingat dah berapa hari nis bertapa di blog Obefiend. Tapi tak apa. Sesi kali ni untuk jawab satu persoalan-tahun-2009 tentang BTN.

 

Now share with me your BTN experience. Good or bad are both welcomed!

Nota1: nis ikut BTN di UiTM sekitar minggu kedua/ketiga di kampus, pertengahan tahun 2009. Dan nis tau semua yang ikut program sehari tu [thank God it was only for a day T_T] tak puas hati dengan the-so-called-ustaz *kunon* yang bagi syarahan sesi petang. Sesi pagi adalah sesi rage semangat ke*Meleis*an yang sangat annoyying. Dan lagi sekali berasa beruntung sebab pensyarah CTU551 [Tamadun Islam dan Tamadun Asia aka TITAS] dan CTU553 [Hubungan Etnik] tak rasis. Mungkin tak ada sebab untuk mereka jadi rasis (?).

Sesi petang adalah sesi *kemeluatan-kebencian-kemenyampahan-ketiduran-keragean* untuk semua pelajar CS228 tahun pertama. Sebabnya?

Kononnya ustaz, tapi dia kata perempuan haram masuk universiti. Haram bermusafir untuk belajar – hey, what is this *mencarut-boleh-tak?*!

Apa masalah UiTM boleh jemput “ustaz” ni pun nis tak tahu. Nak halau pelajar perempuan ke? Bagi UiTM Arau kosong gersang macam padang jarak padang tekukur? Kalau nak keluarkan fatwa-sendiri-sesat macam ni baik pergi ke MCKK atau sekolah STAR yang semua pelajarnya lelaki.

Dan sangat-tak-prihatin provoke Kelantan – memang nak kena bunuh betul; berani mati punya kes. Sebab majoriti pelajar dalam dewan tu pada ketika dan saat itu adalah pelajar dari Kelantan. nis tengok muka kawan-kawan [kawan ke? LOL sebab nis memang jarang ngam dengan budak Kelantan. That piece of quote saying Kelantanese-Sarawakian could never be in the same room alone-peacefully is actually quite true. Apa masalahnya sampai boleh jadi macam ni pun nis tak faham] macam nak bunuh “ustaz” tu. Dahlah keluarkan fatwa sebarangan. Hentam orang pun sebarangan.

Mujur masa tu tak ada perlawanan bolakaki bola sepak melibatkan Kelantan-Negeri Sembilan [selalu dengar Kelantan-Negeri Sembilan kebelakangan ni] kalau tak mungkin ustaz-keluar-fatwa-sendiri ni memang tak sempat jumpa keluarga dia buat kali terakhir. [Pernah dengar orang mati lepas perlawanan bola sepak melibatkan Kelantan kan?]

Rasa macam sia-sia sangat program BTN ni sebenarnya. Sangat tak relevan dan sangat rasis – dan seksis. Sesi pagi sesi rasis macam yang dah disebut dalam komen-komen dan dalam entri. Sesi petang pula sesi seksis melampau-keluar-fakta-sendiri. nis tak pernah jumpa pula di mana-mana kata perempuan haram bermusafir untuk menuntut ilmu. Memang perempuan kena keluar dengan wali. Tapi tak semestinya wali, kan? Wakilkan wali dengan orang lain pun boleh kan? Jangan kata tak. Dalam syarat haji, wali boleh ditumpangkan kepada orang lain – tumpang mahram. Dan kalau tak ada lelaki, perempuan boleh keluar dengan orang perempuan yang dipercayai.

 

NotaBuku: Pertama kali buat entri rage jelas-terang-bersuluh-liplap fasal BTN.