Monday, January 24, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 4

Siri terjah [korek] blog Obefiend mencecah hari kelima. Ya, memang pembaca yang tegar. Hahaha..

Entahlah. Mungkin sebab nis tak ada buku sangat yang dibaca sejak semester dua dulu agaknya maka nis ganti dengan pembacaan blog. Dan setiap kali nis jumpa sebuah blog yang menarik untuk diteroka nis akan baca setiap satu entri. Paling tidak pun nis akan scan entri kalau nampak tak menarik perhatian sangat.

Ok, back to the show!

In Malaysia I don’t know how many colleges interview their applicants. The only Uni I know who practice this is UTP. Good on them. I think this should be standard now. What do you guys think?
Nota1: Yup, UTP memang ada sesi interview untuk applicants. I have been living inside UTP for about six years now dan semua soalan temuduga yang biasa ditanya rasanya nis dah tahu. Tapi kalau soalan bocor yang keluar sekalipun semuanya tak bermakna sebab interviewer semuanya dah dilatih untuk menganalisa kemahiran calon-calon pelajar yang sesuai untuk masuk ke UTP.
Kebanyakan soalan yang ditanya lebih kepada melihat seluas mana pemikiran seseorang calon menggunakan apa yang ada di sekeliling untuk survival. Ini adalah bentuk soalan yang biasa ditanya dalam interview; kalau di UTP dipanggil Educamp.
nis paling ingat soalan tentang kemalangan/terkandas di tengah padang pasir; soalan kapal terbang terhempas. Diberi beberapa barang dan cuma ada 6 orang yang terselamat. Kalau tak salah soalan ni dijawab dalam kumpulan. Satu kumpulan ada 6 orang dan setiap perserta diminta memilih satu barang untuk dibawa dalam tempoh kritikal.
Perlu diingat adalah padang pasir itu terlalu panas pada waktu siang dan pada waktu malam sejuk yang melampau. Cuma enam barang yang boleh dibawa. Tak ingat apa tapi nis rasa salah satu daripada pilihannya adalah beberapa botol Vodka. Ya, Vodka. Sejenis arak.
Bila difikir balik, bawa Vodka dalam perjalanan tu macam tak ada guna sangat. Kalau diminum malah menyusahkan. Tapi ayah kata apa? Vodka tu boleh digunakan untuk menyejukkan badan. Hmm.. Betul juga.
Ayah ada tawarkan kalau nis nak masuk UTP ayah boleh tolong uruskan [ini bukan cerita tentang kabel. UTP tak main kabel-kabel ni. Anak Rektor pun tak lepas masuk UTP]. Untuk panggilan Disember. Tapi nis tak nak. Kalau ikut syarat untuk masuk jurusan kejuruteraan nis memang tak cukup satu A lagi tapi untuk jurusan IT nis cukup syarat.
My sincere answer is NO! Reason? Takkan nak menghadap UTP 24/7? Cuti pun di UTP, tak cuti pun di UTP. Otak tak berkembang. Bak kata seorang blogger [tak ingat siapa. Dulu ada baca blog dia tapi dah lupa siapa. UTP student for sure.] otak-otak bijak dalam hutan Tronoh.
The plus side of my choice, I can travel. The minus side, financial constrain. Kalau dulu zaman nis tamat SPM, semua pelajar UTP masih ada kuota elaun RM500/bulan. Dapat tinggal di asrama [kalau dari luar nampak macam kondomimium mewah tolak kolam renang. Kolam renang ada satu di kompleks sukan tapi nis tak pernah masuk.]. Semua pelajar boleh tinggal di asrama kecuali yang dah berkeluarga. Yalah, takkan nak bagi family room satu sorang kat semua pelajar yang berkeluarga. Consider other people please!
Tak macam di UiTM, memang untuk pelajar Sarjana, dulu nis antara orang yang bernasib baik sebab dapat duduk di asrama untuk satu semester secara percuma. Kalau masuk semester dua kena bayar kalau tak salah 80-100 sebulan, macam sewa rumah. Baik duduk luar. Sama saja kosnya. Tapi tahun ni pelajar Sarjana semester satu pun terpaksa tinggal di luar. UiTM Arau dah macam Unimap yang lama. Tempat tinggal pelajar merata-rata.
Dengarnya ada satu penempatan pelajar luar kampus UiTM sedang dibina di kawasan Jejawi. Satu taman khas untuk pelajar UiTM. Macam Penempatan Luar Kampus Universiti Malaya [tak ingat di mana tapi memang ada dulu nis pernah lalu. 11-12 tahun yang lalu? Erk =.=” Tak tahulah ada lagi ke tak.].

Nota2: Rasanya Nota1 dah terlalu panjang untuk menjawab soalan Obefiend. Hahaha…

No comments: