Monday, January 10, 2011

Hilang. Lenyap. Lesap. Macam Asap.

Ayat paling kerap aku pakai masa di gengblogger dulu. Bila ada orang menghilang tiba-tiba, aku akan sebut ayat tu. Tak kiralah siapa pun. Kecuali pemilik gb, Kong/Kon/Geng Blogga. Sebab walau apa pun terjadi, nis tahu dia ada selagi gb wujud.

 

Tapi sekarang dengar kata gb akan lenyap, lesap. Mungkin tak macam asap, tapi hilang sedikit demi sedikit. GB dah tak macam dulu. Dulu GB hidup setiap waktu sebab ada karpet chatting Gagalive.en diselitkan di situ. Tapi sejak masalah malware pada pertengahan Ogos 2010, GB susah diakses dan apabila masalah tu selesai pula, karpet gagalive sudah tak ada sebab gagalive.en pula yang lenyap. Yang tinggal sekarang cuma Gagalive.kr yakni dalam bahasa Korea sahaja.

 

Dan satu demi satu pergi. Menghilang dari dunia maya. Kon dah lama tak nampak, tapi tak sangka dia update juga blog KongKrunch dia tu. Terkejut juga bila nampak blog tu terupdate sebab selama ni dia kata dia tak ada blog. KongKrunch pun ditubuhkan sekitar Ogos dan selama nis tengok dulu blog tu cuma ada satu entri, entri percubaan ping di gb.

 

Arwah Unwanted yang meninggal beberapa minggu sebelum hari lahirnya, beberapa hari selepas pernikahannya, kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.

 

Arwah Toh Tuan Tanah yang meninggal sekitar raya kerana kanser.

 

Mungkin ramai lagi yang aku tak tahu tap memang ada juga aku terbaca beberapa orang lagi blogger yang meninggal dunia.

 

Tapi perpisahan yang paling aku susah nak terima, bila terpaksa berpisah dengan orang yang masih hidup. Kita tahu dia ada di sana, tapi dia untouchable. Tak boleh disentuh, tak boleh dihubungi.

 

Acik. Ahli GomoFM yang paling rapat dengan aku, sekarang tak akan masuk ke gomofm lagi. Sebabnya; tak ramai yang tahu. Biarlah rahsia.

 

Dinda Ina, satu-satunya orang yang panggil aku kanda di GomoFM. Puteri Ina Shazarina, Permaisuri Ina Shazarina; nama-nama yang digunakannya di chatbox GomoFM. Dan aku akan simpan nama Raja Puan Anis sampai dia datang semula. Tiga bulan lagi baru dia dapat cuti katanya. Tapi aku rasa mood aku akan jadi tak baik juga sekitar itu.

 

Peperiksaan sudah hampir bermula, dan ketika itu jugalah abang kata akan menghilang.

 

Jangan pergi. Adik sayangkan abang.

1 comment:

laGenDA KodOk HijAU said...

masa depan harus di cari .. adikku