Keluarga alam maya; satu benda yang tak terbiasa didengar.
Fenomena ni bermula dari adanya status perhubungan [baca: relationship] di Facebook. Yang ini menambah yang ini sebagai kakak, yang ini letakkan ini sebagai adik, abang, ayah, mama, atuk, nenek dan seterusnya. Nasib baik tak ada status sebagai beruk angkat kalau tak nis rasa ada juga yang letak begitu.
Skema kan ayat nis?
Inilah sebenarnya format blog nis. Ejaan penuh dan tatabahasa terjaga. Yang menyalahi tatabahasa cuma perkataan “nis” sahaja sebenarnya. Sengaja diletakkan huruf kecil di situ.
Oh ya, ada sesiapa perasan tajuk di atas sana menyalahi tatabahasa? Itu sebenarnya tajuk blog laling nis. BiLa CinTa MuLa BeRKaSiH SaYanG. Kalau ada masa, sudi-sudilah melawat.
Ya, laling [baca: darling] antara orang yang paling rapat dengan nis. Eh, bukan antara. Laling orang yang paling rapat dengan nis. Walaupun tak termasuk dalam keluarga maya nis di GomoFM.
Dulu di GomoFM ada papa, mamy, along, angah, acik, alang, adik, ateh. Sekarang cuma tinggal ateh dan acik yang selalu di sana. Yang lain sibuk. Selepas ini nis tak tahulah apa yang akan terjadi.
Kepada mama nisah (miss-lady) semoga selamat melahirkan anak pertama
NotaBuku:
Terima kasih atas apa yang terdampar di fb. ![]()
No comments:
Post a Comment