1. Blogwalk
Cara ni rasanya sudah tak relevan lagi sekarang sebab rasanya dah ramai blogger bertapak di laman komuniti dan tak rajin nak berjalan baca blog. Mereka hanya menunggu blogger-blogger lain datang dan tinggalkan URL barulah mereka bergerak ke blog-blog yang bertuah tu. Selalunya blogger akan masuk ke chatbox dan tinggalkan link kadangkala tanpa membaca entri walau sepatah pun.
2. Tinggalkan komen di blog orang lain
Cara ni boleh juga dikaitkan dengan cara yang pertama. Bezanya kita baca entri orang dan tinggalkan komen berdasarkan apa yang kita baca walaupun komen tu cuma satu ayat.
3. Ping di laman tertentu
Cara ni cara paling best sebab nis selalunya akan masuk ke laman Facebook Bloggers Malaysia dan cicirkan saja URL di sana. Pilih mana-mana entri lama dan karanglah ayat yang kira-kira boleh menarik pembaca. Pemilihan ayat dan tajuk entri adalah yang terpenting.
Yang paling penting, jangan gelabah bila kena provok. Hahaha… Yalah, jadi blogger pinggiran ni bukan senang. nis tau bukan senang nak lawan nama besar dunia blogger macam Ariff Shah, Kujie, Denaihati, Beautifulnara. Tapi kadangkala provokasi tu bagus juga kan?
Nak tengok hasilnya? Hahaha..
Ciskek kena provok sama Bos Besar. Hahaha.. Nak kena DJ ni…
NotaBuku:
Nak pergi cari entri lain nak pergi ping di sana. Tengok apa reaksi mereka.
1 comment:
bagi nizam,nizam suka komen entri orang...but entri tu kenala ada motif..kalau mengarut macam mana kita nak komen kan.. :)
Post a Comment