Kisah kita sudah berlalu
Jangan lagi aku diganggu
Senda juga ku tidak mahu
Aku bukan lagi temanmu
Dalam hati tak lagi kamu
Yang empunya nadaku bersendu
Cinta aku hanya ada satu
Tak ku serah semua kecuali tiba waktu
Berkecai hati tak kau tahu
Sendu pilu terasa haru
Bukan kerana aku cemburu
Tapi saat itu aku tahu kau tipu
Jangan cuba membuka pintu
Kunci sudah tiada padaku
Carilah dia kalau kau mahu
Beralahlah saja kalau kau malu
No comments:
Post a Comment