“Aku dah puas pujuk dia supaya beritahu kau,”
“Kau bawa aku ke sini untuk apa?”
“Dia suruh aku bawa kau ke mari,”
“Tapi dia di mana?”
“Mia,”
“Fikri?”
“Ya, aku Fikri,”
Masing-masing senyap. Kelu barangkali.
“Fik, cakaplah!” desak Asha.
“Ermm.. Aku tak tahu nak cakap macam mana,”
“Kau nak aku cakapkan ke? Tak romantik langsunglah kau ni,”
“Hahaha… Yalah. Aku cakap,” balas Fikri.
“Tunggu apa lagi?”
“Tunggu kau pergi,”
“Malulah tu,” desis Asha sebelum berlalu.
“Jadi?” Mia mula bersuara.
“Kau dah terima semua yang aku beri, kan?”
“Manalah aku tahu semua atau bukan,”
“Aku tahu kau terima semuanya, tapi aku nak tahu sama ada semua itu terpahat dalam hati kau atau tidak,”
“Mungkin,” balas Mia acuh tak acuh.
“Kau setuju tak kalau kita…”
“Apa?”
“Jom kahwin,”
“Kenapa kau buat semua ni? Kejutan demi kejutan,”
“Aku sendiri pun tak tahu,”
“Baik. Itu pun kau tak boleh jawab,”
“Lamaran aku bagaimana?”
“Baik. Jom,”
“Eh?”
“Kenapa?”
“Entahlah. Aku pula yang terkejut,”
“Kau terkejut? Habis apa yang kau buat ni tak buat aku sakit jantung? Dan kau tak boleh jawab pun kenapa kau buat semua ni,”
“____” [Sila isi tempat kosong]
No comments:
Post a Comment