“Kau belum tahu lagi siapa yang beri hadiah-hadiah tu?”
“Belum. Kau ingat senang nak cari satu-satu nama? Lagipun aku bukan macam kau. Orang buat kerja, kau mengular,”
“Eh, mana ada! Kalau aku mengular dah lama aku kena buang kerja. Kau bukan tak tahu pejabat aku betul-betul menghadap muka bos,”
“Yalah. Memanglah depan muka bos. Nama pun setiausaha bos. Ini mentang-mentang dia cuti kau pun mengularlah sampai ke mari,”
“Eh, kerja aku dah siaplah, Mia! Sudah! Kan dah melalut sampai ke mana,”
“Yalah. Aku dah malas nak fikir lagi. Tak ada faedah pun,”
“Dia dah propose kau kata tak ada apa-apa?”
“Yalah tu. Propose pakai surat layang macam ni? Ingat ini zaman budak-budak nak main surat-surat? Nama pun tak tulis,”
“Entahlah, Mia. Masa kita pasang kamera hari tu agaknya dia nampak,”
“Kau rasa nama dia apa, ya?”
“F? Farid, Fuad, Faiz, Faizal, Faris, Fadhil, Fitri, Fakhruddin, Fikri,”
“Gila kau senaraikan semua nama tu?”
“Habis, kau nak aku buat apa?”
“Tak bolehkah kau tanya dia nama dia?”
“Aku pula. Kau tanyalah sendiri,”
“Kau yang kenal dia. Aku mana kenal,”
“Baik. Esok aku bawa kau jumpa dia,”
“Kau tak nak beritahu aku nama dia?”
“Tak. Aku tak boleh beritahu. Dia suruh aku rahsiakan,”
“Cis, kau bersubahat rupanya,” getus Mia.
No comments:
Post a Comment