Kalau kekasih tak telefon/tanya khabar/mesej maknanya dia tak sayang kita?
Ya, aku tahu ini soalan yang biasa ditanya oleh setiap manusia yang sedang berkasih. Tak kiralah dia lelaki atau perempuan. Ada jenis manusia yang suka diambil berat dan ada manusia yang suka bila diberi ruang privasi.
Selalunya yang suka diambil berat adalah perempuan. Ini memang sukar dinafikan. Tapi kalau macam nis, nis pun nak ada privasi sendiri. nis sebenarnya lebih selesa kalau tak ada telefon sebab kadangkala telefon ni mengganggu di dalam kelas. Ada spesis manusia yang tak faham bila nis kata ada kelas.
Ada juga manusia yang merajuk bila orang tak angkat telefon. Kata kita tak sayang dia, abaikan dia bla bla bla. Nak ditelefon balik, kredit tak ada. Duit dalam poket dah menipis dan dah seminggu tak makan nasi. Hidup bergantung harap pada setengah tin biskut kering. Nak minta duit segan.
Kan dah melalut entah ke mana =.=”
Kembali kepada topik.
Masalah manusia yang asyik minta ditelefon ni adalah dia tak sedar bahawa orang di sana perlukan masa untuk kehidupan dia sendiri. Nasihat nis kepada golongan macam ni “Go get a life!”
Masalah orang yang menyepi ni pula, kadangkala dia memang ada masalah psikologi suka menyendiri. Ya, pernyataan ni merujuk kepada diri nis. nis memang suka duduk sendirian tak kira di mana pun berada. Tapi kadangkala nis pun nak juga ada interaksi dengan orang lain. Nak tahu apa erti hidup di luar dari dunia nis.
Jangan salah sangka, tak semua orang macam tu. nis ni dari kecil dulu lagi suka menyendiri. Buat kerja sendiri dan sebagainya. Tak kisah sangat tentang orang lain. Tapi nis pelik, selalunya orang akan cari nis untuk ceritakan masalah dan nis akan dengar sampai habis? Ok, itu ciri-ciri penting yang mesti ada dalam diri seorang kaunselor, kan?
Selalunya orang yang mengadu si buah hati asyik nak menelefon ni adalah sebab dia tak dapat menjalani kehidupan dia yang biasa. Ingat, masa bercinta bukan masa untuk berdua sahaja. Setiap orang ada kehidupan yang berbeza. Kembar siam pun nak kehidupan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kalau tak percaya pergi cari kisah manusia berkepala dua.
Yang mengadu kekasih tak telefon pula golongan yang suka diambil berat atau suka bercerita.
Ambil jalan mudah, sentiasalah bersederhana dan memahami orang lain. Nanti dia akan faham kita juga, insyaAllah.
Lain kali nis nak tulis tentang persoalan mengongkong pula. Sampai sini saja untuk kali ini.
Kepada yang bercinta, bawa-bawalah ke langkah seterusnya. Moga kekal sehingga ke akhir hayat dan kalau boleh ke akhirat.
Kepada b, terima kasih kerana memahami. Walaupun kadangkala kita senyap sama-sama senyap [sampai sebulan? hahaha.. menguji kesabaran betul kan?] tapi setakat ni belum ada masalah besar. nis ni jenis tak banyak tanya. Sampaikan umur b pun nis tak tanya. b yang banyak tanya tentang nis kan? Bukan apa. nis simpan soalan-soalan tu supaya nanti kalau jadi apa yang kita rancangkan ni taklah bosan tak tahu apa yang nak dikenal lagi sebab masing-masing dah tahu perangai masing-masing. Lagipun nis masih ada kehidupan nis dan b pun ada kehidupan b sendiri yang mungkin nis tak perlu tahu buat masa sekarang.
Moga sampai syurga :)
Pesan ibu setiap masa: Jaga solat, jaga Qur’an, jaga perintah Allah. Allah akan pelihara kita.
NotaBuku:
Aku bukan yang sempurna tapi aku cuba lakukan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment