Saturday, March 5, 2011

Sepintas Lalu

Orang kata kalau jodoh takkan ke mana. Nak risau apa kalau masing-masing percaya? Kalau bukan jodoh, dah bersila depan kadi pun tak jadi nikah. Dah namanya pun bukan jodoh, kan?

Selagi tak ada ikatan yang sah, jangan beri cinta sepenuhnya kepada kekasih. Cinta itu cuma untuk orang yang berhak ke atasnya.

Tengok nis dengan b. b skandal dengan acik. Ada nis kisah? Cemburu? Dia bukan suami nis. Tak ada hak untuk nis cemburu. Soal cemburu sila tolak tepi jauh-jauh.

Biarlah. Lelaki memang macam tu. nis tahu. nis tengok adik nis, dah pasang baru pun masih lagi berhubung dengan kekasih lama. Susah nak lepaskan walaupun dah berkali-kali putus.

nis tengok abang, nak decide yang mana satu akan jadi bride pun abang tak keruan. Yang sini nak, yang sana dia nak juga.

Lumrah kalau lelaki asyik nak pasang lagi satu. Perempuan pun ada yang begitu, tapi perempuan cuma ada satu korum. Jadi pandai-pandailah mengurus hati. Ada sebab kenapa perempuan cuma boleh ada seorang suami tetapi lelaki boleh ada sehingga empat isteri. Cari logik akal di balik medula oblongata.

Hati kita ni cuma satu. Jangan serahkan sepenuhnya kepada sesiapa pun. Sayang mana pun pada kekasih, jangan serahkan.

Cinta antara lelaki dan perempuan cuma untuk suami isteri. Bukan untuk kekasih. Kalau sayang, itu biasa.

Saat ijab kabul itulah sepatutnya menjadi permulaan cinta, bukan tanda pengabadiannya.

Tak siapa pun mahu hari perkahwinannya cuma menjadi tugu peringatan cinta yang telah mati.

Pesanan buat arjuna:

Untuk membuka pintu, kita perlukan kunci. Kunci bagi hati seorang gadis adalah walinya. Kalau kamu benar-benar mahu, benar-benar sayang, maka temuilah walinya untuk mendapatkan kunci itu. Sekiranya diberi maka jagalah sebaik-baiknya. Jika ditolak, carilah yang lain.

Lelaki yang meminta terus kepada si gadis tanpa menemui walinya ibarat memecah masuk ke rumah orang dan memanjat tingkap untuk mengambil barang berharga.

Pesanan buat srikandi:

Jaga hati kamu yang satu. Hanya seorang sahaja yang berhak memiliki hati kamu sepenuhnya. Itulah suami kamu. Jangan pernah berikan hati kamu kepada dia yang kamu panggil kekasih. Mungkin dia hanya berpura-pura. Jangan berikan hati kamu yang berharga itu kepada sebarangan lelaki. Nanti hancur lebur dibuatnya.

NotaKaki:
Cinta jauh mungkin kelihatan mencabar. Paling penting saling percaya dan jujur.

3 comments:

ACIK. ily said...

atehh..
biler mse lak acik skandal dgn b ateh tu???
kt cbox tu just main2 lorh.....
xde nak skandal2 ni...
lau ateh trse ke pe..
sorry aaa..
x brmaksud pun..
:)

ftrhd said...

tapi cemburu kena ada gak untuk tunjuk rasa sayang tu..kang nanti nampak macam tak ambik kisah lak..

hanis aleeya aka gadis sepi said...

acik: hari tu b ada kata skendel kat fb ^_^ aloh ateh ok je la. tak terasa pun.. hehe.. korang pun mmg panggil sayang2 kan kat fb? hahaha.. ateh tak kisahlah ^_^V

Fitri: thanks singgah. Bukan tak ada cemburu tapi cemburu tu terpaksa buang jauh-jauh. Sebab nis rasa nis belum ada hak untuk cemburu. Lagipun nak cemburu apa kalau setiap kali dia berhubung dengan perempuan lain dia beritahu nis :) nis tak tanya pun dia beritahu juga ^_^

semakin hari semakin sayang (blush)