Saturday, March 12, 2011

Dunia Blogger vs Dunia Radio Online

Dunia blogger lebih banyak menyendiri sebenarnya berbanding dunia radio online. nis dah pernah join komuniti blogger Gengblogger sebelum jumpa dunia radio online ni. Di Gengblogger tak banyak yang boleh dibuat. Berkongsi tips, berkenalan sesama blogger, gathering. Semuanya boleh dibuat di radio online.

Kelebihan radio online? Kebanyakan radio online menyediakan ruangan chat untuk pendengar. Ruangan chat untuk GOmoFM ada di atas ni :).

Radio online boleh juga berkongsi tips yang orang tak boleh nak tulis, sesi luahan perasaan yang tak mampu nak dilakar di atas kamar tulis. Dan lebih nampak interaksi daripada dunia blogger tanpa sedar sebenarnya.

Tapi apa yang nis tahu, nis sayangkan kedua-duanya. Dunia blogger dan dunia radio online.

Dan nis jumpa b di radio :)

Hanya di radio ku rasa perhubungan cinta.. - Headwind, kut. Kalau tak salah.

No comments: