Thursday, March 10, 2011

Frequently Asked Question #3 – Trend Sekarang, Couple, Break, Couple dan Break Lagi

Untuk segmen FAQ sesi ketiga ini, nis nak ikut segmen yang dibuka oleh Bro Framestone. Kebetulan terjumpa semalam sewaktu sedang berjalan-jalan di blog [baca: blogwalk]

 

Kenapa ada sesetengah senang-senang berpacaran, putus, frust menonggeng, tadah air mata dalam baldi, kemudian berpacaran dengan orang lain tetapi akhirnya tetap putus dan benda ni berulang-ulang?

1. Suka-suka

Ada orang yang berpacaran hanya untuk merasa bagaimana hidup bila ada pacar. Tapi kalau berkali-kali tu tak tahulah kan?

 

2. Test Market

Nak tengok dengan muka lawa/kacak yang ada tu boleh pikat berapa ramai jejaka/gadis. Tapi sedar tak, setiap kali seseorang putus cinta, marketnya akan turun.

 

3. Mudah Percaya Cinta

Ada orang yang mudah terpedaya dengan pujuk rayu. Baru saja putus dengan pacar sebelum ini dan bila ada orang pujuk terus setuju tetapi rupanya orang itu bermain-main sahaja.

 

4. Tidak Percaya Cinta

Ini jenis orang yang putus cinta kali pertama kemudian tak percaya kepada cinta. Jadi bila berpacaran untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya dia tak serius tapi apabila putus dia sendiri pun menangis.

 

5. Mencari yang Sempurna

Ini pula jenis manusia yang mencari sempurna pada manusia lain. Apabila mendapat tahu bahawa kekasih hatinya tidak sempurna, dia pun mula mencari yang lain. Mereka mahu orang yang mendapat markah perfect ten dari senarai yang mereka buat. Ya, setiap orang sebenarnya ada senarai pasangan idaman tanpa mereka sedar. Tetapi yang jenis mencari sempurna ini akan obses dengan kemahuan mereka tanpa menyedari bahawa tak ada manusia yang benar-benar sempurna.

 

Lima sebab yang biasa didengari. Selesai satu entri.

 

NotaBuku:

1. Kredit khas kepada Nur Qasrina [nama macam watak dalam novel pertama nis ^_^V]

2. Tertunda entri tentang kekasih yang mengongkong. Entri sebenarnya sudah siap tetapi ditulis tangan dalam buku. Jadi beri laluan kepada entri ini dulu untuk segmen Bro Framestone.

2 comments:

Nizam said...

boleh tengok pendapat nizam di blog nizam.. :)

anna mardhiah said...

point2 yg menarik . terasa jugak . lumrah kehidupan . huhu . anyway,terjah dari blog bro framestone . nice blog . heppy blogging. ziarah anna ye .