Kadar celik komputer dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah erutama di kawasan luar bandar. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan pembangunan komputer dalam kalangan rakyat negara ini.
Kadar penggunaan komputer dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang amat mencemaskan. Walaupun negara kita merupakan salah sebuah negara yang pesat membangun, kadar celik komputer terutama sekali di kawasan luar bandar adalah sangat rendah. Maka, apakah alternatif kita untuk mempertingkatkan kadar kemahiran menggunakan komputer dalam kalangan masyarakat kita pada zaman ini? Adakah kita harus mendiamkan diri atau kita perlu campur tangan membantu pihak kerajaan dalam usaha menaikkan tahap celik komputer dalam kalangan masyarakat luar bandar. Seandainya kita turun padang, di mana letaknya lubang-lubang seni yang mencacatkan rekod celik komputer dalam masyarakat kita?
Usaha pihak Kementerian pelajaran menerapkan matapelajaran IT di sekolah seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya. Antara langkah bernas yang telah dilaksanakan adalah membekalkan CD-ROM bersama buku-buku teks sekolah rendah dan menengah. Alternatif ini telah berjaya menarik minat sebahagian besar pelajar untuk mempelajari teknik kemahiran komputer secara tidak langsung. Perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri mereka menyebabkan mereka mencuba sesuatu yang baru dan membuka minda pelajar kepada dunia siber yang unik dan memiliki nilai estetika yang tinggi. pihak kementerian juga telah memperkenalkan slogan Satu Sekolah Satu Makmal yang membuktikan keprihatinan mereka terhadap keperluan komputer dalam pembelajara ndi sekolah. Mereka juga telah memperkenalkan sistem sekolah bestari yang banyak menggunakan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Selain itu, pihak media juga telah memberikan sumbangan yang banyak dalam memperkenalkan komputer kepada masyarakat sama ada media cetak mahupun media elektronik. Beberapa buah syarikat penerbitan telah berjaya memasarkan majalah-majalah berkaitan komputer seperti Majalah PC dan Jaring.net. Risalah-risalah yang dimuatkan dalam wahana seumpamanya amat berguna bagi anggota masyarakat yang berhajat untuk mendalami ilmu dalam bidang perkomputeran. Terdapat juga syarikat-syarikat akhbar yang menyediakan sisipan-sisipan khas dalam bidang ini seperti sisipan Komputer dalam akhbar Berita Harian dan sisipan In-Tech dalam akhbar The Star. Akhbar-akhbar terbabit juga mengiklankan model-model komputer terkini di pasaran dalam usaha menarik minat rakyat Malaysia untuk memiliki komputer yang bertemakan stail ‘sederhana tetapi bergaya'’ terutama sekali dalam kalangan generasi muda.
Pihak kementerian juga memainkan peranan penting dalam usaha menambahkan jumlah rakyat yang mahir mengendalikan komputer. Slogan Satu Rumah Satu Komputer yang diuar-uarkan beberapa tahun yang lalu seharusnya diberikan sokongan dan diikuti oleh semua pihak. Tambahan pula, pihak kerajaan telah menyediakan bantuan untuk rakyat yang kurang berkemampuan seperti golongan pelajar untuk memiliki komputer sendiri. Pihak kerajaan juga membenarkan wang peruntukan KWSP digunakan bagi membeli komputer. Alternatif pihak kerajaan memperkenalkan kad pengenalan diri bercip, MyKad, secara tidak langsung telah membuka minda masyarakat terhadap keunikan dunia siber. Mungkin kerana ini ada sebilangan anggota masyarakat yang tidak menyedari kepentingan komputer dalam kehidupan seharian mereka akhirnya akur dengan kesilapan mereka mengabaikan kemahiran komputer.
Setelah melihat betapa pelbagai pihak berusaha untuk memperkenalkan komputer kepada setiap anggota masyarakat, ternyata kadar rendah celik komputer di negara ini adalah tidak wajar. Lantas, apakah yang perlu kita lakukan untuk membantu pihak kerajaan mengatasi masalah serius terbabit? Justeru, semua pihak seharusnya menunaikan tanggungjawab mereka untuk memastikan kadar buta komputer dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Terpulanglah kepada kita sebagai individu yang memeiliki rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang besar bagi memastikan penurunan kadar buta komputer di Malaysia, sebuah negara yang aman dan pesat membangun.
NotaBuku:
1. Ini karangan nis masa sekolah menengah. Bertarikh 30 januari 2007. Jangan ketawa kalau ejaan skema. Nama pun karangan SPM.
2. Persiapan untuk debat ala parlimen Interfakulti semester Disember-Mei 2011. Tetap nak jadi pendebat kedua. Harap maklum, Bee@Fikri. Sila jadi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang. Penggulungan mungkin sekali dua bolehlah. nis lemah bab penggulungan hujah. Hehe..
3. Markah? 80/100. Kesilapan penggunaan tatabahasa: 0. Tulisan macam budak kecil: –5. Hahaha.. Bilangan perkataan: 516. nis tulis dalam buku tu 440. Dasar malas mengira.
2 comments:
Ratu bg mark 20/100 hahaha.....
Jangan mare bukan sebab karangan xbagus. cuma tajuk tu zaman dlu je. zaman skang orang kg pon dah terlebih expert bab komputer...
Lagi lawak budak berusia 5 tahun dah ada facebook....dah pandai ber'ym...Betul ke x??
hahaha.. tu kan karangan tahun 2007.. wakaka...
Post a Comment