Mia membelek-belek hadiah yang tergeletak di atas mejanya. Masih tulisan yang sama. Dia cuba mengingat-ingat sekiranya ada pekerja baru yang cuba merapatinya. Memang ada beberapa orang pekerja lelaki yang baru mula bekerja beberapa bulan yang lalu dan semuanya bekerja di tingkat atas.
Pejabat mula dipenuhi pekerja yang baru habis makan.
Seorang lelaki berdiri lama di hujung tangga sebelum beredar. Tetapi Mia tidak menyedari kehadirannya di situ.
Lelaki itu berlalu dengan senyuman.
***
Nama saya F.
NotaBuku:
1. nis suka buat cliffhanger tapi kali ni tak sengaja. Ada banyak kerja dan nis dah kebekuan dalam bilik aircond ni T_T. Makantime.
2. Semalam dapat mel dari ayah, katanya ada interview hari ini. Moga semuanya berjalan lancar. Tapi nsi tak risau sangat. Sebab selalunya ayah akan dapat kalau intervview. nis secara tak langsung dapat ciri yang sama dari ayah. nis lebih banyak persamaan dengan ayah daripada ibu. Semangat, komitmen, kepandaian, ketinggian, semuanya nis dapat dari ayah. Ibu juga cerdik tapi ibu mungkin tidak bernasib baik. Aku tahu ibu cerdik.
3. Aku sayang ayah dan ibu tapi susah aku katakan. Aku bukan jenis yang suka bercakap di rumah. Di kampus pun begitu. aku bercakap bila perlu dan kalau di kampus, bila ada pertandingan debat, contohnya minggu hadapan. 4,5 dan 6 Mac aku akan bawa nama fakulti aku, seperti tahun lepas. Tahun lepas aku pendebat dengan ranking 12. Agak bagus untuk pendebat amatur seperti aku. Lawan aku semuanya pendebat lama. Jadi kali ini aku nak sedekat mungkin kepada 5. Walaupun aku anggap 8 angka bertuah aku. Ya, kerana ibu lahirkan aku pada bulan Ogos. 8 Safar 14... Aku tak ingat berapa hijrah. Hahaha.. yang aku tahu, hanya nenek temankan ibu semasa lahirkan aku. Berkursus dari 28 hingga 30 Ogos.
No comments:
Post a Comment