Bilalah baru tak perlu dengar masalah orang yang sama?
Satu soalan yang biasa aku dengar. Dari ahli PRD/Peers/PRS juga kadangkala keluar juga soalan ini. Apatah lagi daripada mereka yang tidak terlibat dengan dunia kaunseling.
Ya, aku manusia yang terlibat secara langsung dalam dunia kaunseling sejak di sekolah lagi. Aku tahu aku punya kemampuan dalam bidang ini dan memang pernah terfikir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi; bukan sekali tetapi berpuluh kali. [Ya, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi. Malangnya tawaran itu adalah untuk tahap diploma sedangkan ketika itu aku sudah di tahun pertama dan di pertengahan semester pertama Ijazah Sarjana Muda. Solusinya, aku menolak tawaran itu.]
Ada orang yang beranggapan hanya dia seorang yang ada masalah dalam dunia ini. Dan ternyata logik ini bercanggah dengan fakta realiti. Ironinya, manusia paling bahagia dalam dunia ini adalah manusia yang banyak masalah.
Beza bagi setiap manusia adalah cara yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Adakah dengan menceritakan masalah anda kepada orang akan menyelesaikan masalah?
Ternyata tidak. Kalau setakat bercerita maka natijahnya samalah dengan menulis di dalam diari tanpa apa-apa tindakan.
Dan sesetengah manusia sangat suka menceritakan masalah mereka kepada seseorang yang mereka rasakan boleh mendengar apa sahaja yang mereka luahkan. Tidak kiralah orang itu sedang sibuk atau sedang berhadapan dengan masalah mereka sendiri.
Cara paling senang untuk mengelak daripada berhadapan dengan manusia seperti ini: Buat tak tahu.
Jadi kalau ada di antara kamu yang aku buat tak tahu atau buat acuh tak acuh setelah beberapa kali kamu asyik ceritakan masalah yang sama tanpa ada apa-apa tindakan selanjutnya, jangan salahkan aku.
Ya, aku memang pernah halang seseorang daripada mengakses apa-apa jalan untuk bercakap dengan aku. Dan sekarang sebenarnya ada seseorang yang aku halang daripada menghubungi aku.
Hei, maaflah. Aku ada kerja lain yang lebih penting daripada melayan kamu. Jangan cuba ganggu aku di Skype lagi!
No comments:
Post a Comment