Wednesday, February 2, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 11

Perihal “Keistimewaan dan Ketuanan Melayu". Hmm.. Macam best..

KETIDAKISTIMEWAAN DAN KEHAMBAAN MELAYU

Sukar sebenarnya jadi Melayu. Bila kita liberal sikit kita akan dilabel pengkhianat Melayu. Kalau kita menegur polisi kerajaan sikit, dikatakan kita tidak beterima kasih pada our forefathers yang bertumpahan darah untuk menegakkan hak Melayu. Bila kita katakan hak keistimewaan itu salah kita disuruh keluar dari Melayu. Macam apa terjadi pada Zaid Ibrahim.

Macam mana nak keluar Melayu? Setahu aku the only way untuk keluar Melayu di Malaysia ialah dengan memurtadkan diri. Pasal kata orang, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Let's say aku nak keluar dari Melayu dan harus mengkapirkan diri aku tak boleh jugak nak buat benda tu. Sebabnya di Malaysia haram untuk Melayu Islam untuk keluar agama.

Kalau Cina hendak murtad selapas masuk Islam untuk kahwin itu tak ada masalah. Masuk court 3-4 kali dan tunjukkan bukti kamu sembah berhala dan kamu boleh jadi kapir balik. Kalau kamu Melayu dan tunjuk kamu dah sembah tuhan lain atau jadi atheist kamu boleh disumbat masuk ISA atau kem pembetulan akidah.

Nota1: Seperti yang dicoretkan SN Usman Awang dalam sajaknya;

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Melayu = Islam (?)

 

Dengan kata lain kalau kamu Melayu, kamu tak boleh menentang hak Melayu. Kalau hendak tentang sila keluar Melayu. Tapi tak boleh juga pasal kalau hendak keluar Melayu harus jadi bukan islam. Kalau dah keluar islam kamu dihalang juga. Maka kita pun kembali semula ke kotak segiempat pertama.

Nota2: Anyone dare saying that this is not the real fact?

 

Sukar sebenarnya nak jadi Melayu. Kalau kamu dapat 23 A1 pun kamu akan dikatakan tak setanding dengan bukan Melayu yang 15 A1. 23 A1 kamu dikatakan A1 simpati sahaja. Kamu kononnya diberikan mata 30% mata percuma hanya kerana kamu seorang mongoloid beragama Islam. Tapi kalau kamu dapat 3 A1 kamu akan diketawakan pulak.

Nota3: Nothing much to say..

 

NotaBuku:

1. Panjanglah pula entri Obefiend yang ni. Tak seronok nak potong ayat satu-satu nanti orang tak faham. Sampai sini sajalah.

2. Tak faham kenapa nis mesti komen dalam bahasa Inggeris sedangkan entri ni bercakap tentang Melayu. Hahaha.. Nasib baik komen pertama tu bahasa Melayu.

No comments: