Monday, February 21, 2011

Soulmate?

Seringkali orang berkata tentang soulmate. Dalam dunia ini salah satu yang orang sering cari selain cinta adalah soulmate. Boleh jadi soulmate itu seorang lelaki atau seorang wanita. Tak semestinya wanita dengan wanita dan lelaki dengan lelaki. Tak semestinya wanita dengan lelaki.

 

Boleh jadi soulmate itu adalah seseorang yang tak pernah anda jumpa melainkan di alam maya. Boleh jadi dia teman rapat anda sejak kecil. Mungkin juga ibu atau ayah anda sendiri. Atau kakak, abang, adik anda.

 

Soulmate adalah orang yang sentiasa cuba memahami anda; dan sentiasa memahami. Selalunya dia banyak persamaan dengan anda jadi dia lebih mudah faham situasi anda. Satu added value jika soulmate anda adalah pasangan anda.

 

nis tak tahu, mungkin dia soulmate nis.

 

Kenal blognya beberapa tahun yang lepas. Kenal dia di alam maya setahun lalu dan bersembang beberapa (puluh) kali.

 

Kami banyak persamaan. Dan terlalu banyak “kebetulan” membuat nis tak menganggap itu suatu “kebetulan” lagi.

 

Seperti katanya, kita ni macam memilih baju. Dia mahu baju kemeja dan nis mahu baju berkotak-kotak [aku tak suka kotak2. Kelakar. Hahaha..] tapi hasilnya masih sama. Baju kemeja berkotak-kotak.

 

Persilangan haluan kami tak membenarkan kami bertemu. Masing-masing dengan hidup masing-masing.

 

Tapi sebentar cuma. Yang sebentar itu menemukan kami.

 

Masih lagi sibuk dengan hidup kami, tetapi itu tidak pernah menghalang untuk berbicara. Masih lagi gurauan-gurauan sengal tak bertempat. Tapi untuk bergaduh belum pernah lagi. nis harap jangan ada pergaduhan. Walaupun ada masalah pada laman web kami buat masa sekarang ni T_T

 

NotaBuku:

1. Cukup kontroversi atau tidak?

2. Dah dapat teka? Ya, ini satu teka-teki. Melainkan untuk dia. nis pasti dia faham :P

1 comment:

Ratu Borak said...

Wah, siapakah soulmate nis tu yerk...
Soulmateku dialam maya...emmm tajuk yang menarik...lagi menarik klu bfku d alam maya...Biasa x dgr...huhu