Kisah seorang blogger - dan seorang bloggress [perkataan spesis apa aku cipta ni? Eh, tapi betullah kalau dalam bahasa Inggeris headmaster untuk lelaki dan headmistress untuk perempuan kan? Eh?].
28 Januari 2011
Hari yang cerah. Jumaat. Aku ingat lagi.
Pagi Jumaat, ayah telefon. Tanya aku balik bila. Memang rutin setiap kali cuti. aku kata aku belum pasti tarikhnya dan akan telefon adik.
Adik kata adik balik esok.
Aku kata aku balik petang; atau pagi dengan meninggalkan kelas.
tapi aku tak sanggup tinggalkan kelas. Aku bukan pelajar yang suka ponteng.
Dan petang itu pukul 4 aku pulang. Ambil beg beroda dan terus ke perhentian bas. Panggil teksi dan terus ke stesen.
Ah, majalah Remaja belum keluar rupanya. Hampa betul. Tak ada benda baru untuk dibaca di dalam keretapi.
Sempat bersembang dengan seorang pensyarah india yang mengajar bahasa Inggeris di politeknik. Tak tahu politeknik mana sebab aku tak tanya pun.
Dalam keretapi. Puas juga aku tidur. Pertama kali ambil tiket untuk katil. Bila bangun, ada SMS masuk.
Touya: Nis balik hari ni?
Aku: Ya.
Touya: Keretapi malam?
Aku: Ya. Kenapa?
Touya: Touya di stesen.
Aku: [tanya soalan bodoh] Buat apa?
Touya: Tunggu adik. Adik Touya balik naik satu keretapi dengan nis.
Aku: Alamak terlupa. Nak jumpa?
Touya: Kalau sempat. Touya pakai baju kuning dan seluar sukan.
Di stesen Taiping. Tren delay satu jam entah di mana. Aku tak perasan pun. Kerana janji tadi [yang sebenarnya tak pasti pun] aku duduk di kafe keretapi.
Aku nampak seorang lelaki berbaju kuning dan seluar sukan. Sama seperti yang Touya beritahu. Sepertinya sedang cari seseorang. Langsung aku ke pintu terdekat, dan dari hujung mata aku nampak dia ikut ke arah aku berjalan.
Aku: Touya? [Dalam fikiran hendak sebut Syazwan tapi aku sebut Touya? Eh?]
Touya: Hanis?
Aku: [Ketawa] Jumpa di sini saja, ya?
Touya: Ha'ah. Romantik betul.
Sampai di situ saja. Hanya empat ayat itu yang nyata. Selebihnya kami cuma berkomunikasi bisu.
Sampai di rumah pukul 4 pagi. Baru aku perasan. Aku pakai baju biru.
NotaBuku:
1. Janji kepada Hasnul dan Namia.
2. Siapa tak tahu kisah Touya dan gadis baju biru sila ke sini.
3. Hampir setahun rancang untuk bertemu di Ipoh dan akhirnya pertemuan pertama bertempat di Stesen Tren Taiping pada jam 12.30 tengah malam [sekitar itu] sambil Touya mengejar keretapi. Sadis? Hahaha..
4. Kalau ada makhluk aneh yang sebarkan cerita satu Perak tentang aku dating dengan seseorang memang aku nak pelangkung.Harap maklum.
1 comment:
so sweet
Post a Comment