Empat filem back-to-back.
Muallaf
Jalan cerita yang menarik. Tergantung di akhir filem. Tak pasti Brian masuk Islam atau tidak. Satu-satunya petunjuk yang ada adalah Brian ke Kompleks Pusat Islam Perak [babak kurang dari lima saat]. Dan di akhir cerita, dia masuk ke rumah Rohani? Rohani seorang diri atau berdua? Dan, apa yang berlaku kepada Rohana? Dan Brother Anthony?
Easy A
Satu benda yang aku nak kata; tak sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun tak ada adegan tak sepatutnya melainkan “xoxo”.
The Social Network
Pembukaan yang terlalu panjang dan bosan. Babak facematch.com agak menarik sebab gunakan formula kalkulus (?). Tertanya-tanya apa gunanya kalkulus. Dan sewaktu perbicaraan terlalu banyak imbas balik yang susah difahami. Belum hadam sepenuhnya. Bosan dan terus bertukar ke cerita seterusnya. Akan disambung pada masa hadapan.
Back to the Future II
Dah tahu kisah separuh jalan. Tengok yang selebihnya sahaja. Nanti nak cari sequel penuh.
NotaBuku:
1. Kuota filem minggu ini dan minggu hadapan sudah habis. Sambung tengok filem lain dua minggu lagi. Ada beberapa filem dalam simpanan, dan satu drama (?)
2. Masa untuk melunas janji. Tak sentuh internet selama tiga hari. Bukan satu pencapaian yang baik. Aku boleh buat lebih lama. Tapi ada empat entri yang ditulis pada hari Jumaat sahaja [termasuk yang ini]. Dan tak mahu terlalu banyak notification di Facebook.
3. Serik dengan 5172 mesej di inbox gmail. Fuuuuuuuu!!!!
4. Sejak bila aku rajin buat rebiu filem ni?
No comments:
Post a Comment